Sikap Individu Selamba Buang Sampah Keluar Tingkap Kereta Toyota Vios Raih Perhatian [Video]

Tak dinafikan kita semua ingin hidup dalam persekitaran yang sihat dan bersih.

Oleh itu, demi mencapai perkara tersebut ia menjadi tanggungjawab semua masyarakat untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan tidak melakukan sebarang tindakan yang tak bertamadun seperti membuang sampah merata-rata.

Tular video individu selamba buang sampah luar tingkap

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan tindakan seorang individu yang menaiki Toyota Vios yang selamba membuang sampah ke luar tingkap sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pakcuw, awalnya individu berkenaan telah membuang satu sampah yang dipercayai bekas plastik ais krim dari luar tingkapnya.

Namun tidak lama kemudian individu yang memakai jam berwarna keperangan itu sekali lagi membuang satu plastik sampah keluar tingkap tanpa rasa bersalah.

Menerusi cermin sisi, turut kelihatan ais krim tersebut sedang dinikmati oleh dua individu yang dipercayai kanak-kanak.

Perakam dedah nombor plat kenderaan

Ekoran daripada tindakan membuang sampah merata-rata itu, perakam kemudiannya mendedahkan nombor pendaftaran kenderaan terbabit.

“Dah makan ais krim buang, haa inilah sikap. Apa nak jadilah.

“Ha tu ha nombor (nombor plat) dia, kita viral dia, kita viral dia,” kata perakam video tersebut.

Pelaku boleh dikenakan tindakan denda atau penjara

Untuk makluman pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah keluar dari kenderaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara maksimum selama enam bulan.

Jika kesalahan sama diulangi, pelaku boleh didenda maksimum RM4,000 atau penjara tak lebih dua bulan atau kedua-duanya.

Ini kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang Kaedah 52 Lalu Lintas Jalan 1959.

Mengintai di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan individu berkenaan membuang sampah merata-rata.

Malah ada juga meminta perakam untuk membuat aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ).

“Submit dekat aplikasi JPJ atau majlis perbandaran”

“Aku setiap kali dalam kereta, mesti selit dulu dekat mana-mana. Dah turun baru buang, kalau ada plastik lagi bagus”

“Macam mana orang macam ni boleh buang sampah. Aku plastik coklat pun tak berani buang macam tu, sanggup letak dalam poket sampai masuk mesin basuh”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

18 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago