Masjid atau surau merupakan tempat bagi umat Islam untuk beribadah seperti solat, mengaji, iktikaf dan banyak lagi.
Bagaimanapun, ada juga individu yang menjadikan masjid atau surau sebagai tempat berehat buat sementara waktu sebelum meneruskan perjalanan selain menunggu masuknya waktu solat fardu.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video pihak Masjid Sejuta Pemuda di Jawa Barat, Indonesia memberikan layanan yang terbaik kepada jemaah-jemaahnya yang sedang berehat.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @masjidsejutapemuda, kelihatan seorang lelaki dipercayai pihak masjid berkenaan mengeluarkan beberapa bantal.
Bantal tersebut kemudiannya diberikan kepada jemaah-jemaah yang sedang baring sebagai alas di kepala agar mereka lebih selesa.
Menurut Masjid Sejuta Pemuda, pihaknya akan menyediakan kemudahan buat para tetamu Allah SWT itu dengan sebaik mungkin.
“Banyak hadis dan sirah perihal membolehkan tidur di dalam masjid, bahkan Nabi Muhammad SAW menjadikan masjid sebagai rumah ke-2 dan membolehkan para sahabat tidur di masjid.
“Dan pastinya jika tidur di dalam masjid harus menitikberatkan beberapa perkara terutamanya tentang kebersihan, tidak menganggu saf dan kekhusyukan yang solat, menutup aurat dan banyak lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video tersebut kemudiannya tular di laman X selepas ia dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial akaun (@ricxxxxkiddo).
“Ingatkan orang masjid kejut sebab tak boleh tidur dalam masjid. Sekali, siap kasi bantal buat alas kepala lagi. Baik betul layanan dia,” ciapnya.
Memindai ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pihak masjid terbabit yang melayani para jemaah dengan begitu baik.
Malah, kebanyakan netizen juga berpendapat perkara sebegini seharusnya dijadikan contoh buat masjid-masjid yang lain.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…