Didakwa Hina & Ugut Pekerja Tol, Polis Kesan Pemandu Honda

Sebelum ini, tular di laman X satu video memaparkan tindakan seorang pemandu kereta Honda jenis Civic 9th Gen mengeluarkan kata-kata hinaan kepada seorang pekerja tol.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Plaza Tol Segambut, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE). Menurut jurutol berkenaan, pemandu itu awalnya mengalami masalah tidak dalam melepasi palang tol disebabkan kad bank rosak, sebelum membuat bayaran secara tunai dan menghinanya.

Susulan tular video tersebut, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi X meminta mangsa untuk tampil membuat laporan agar tindakan lanjut boleh diambil.

Baca artikel berkaitan: “Sebab Kau Bod*h, Kau Kerja Tol” – Tular Pemandu Honda Hina Penjaga Tol

Polis buru pemandu Honda Civic hina jurutol

Terbaharu, polis memaklumkan pihaknya sedang memburu pemandu yang didakwa mengherdik serta mengugut pekerja tol pada 21 April lalu.

Jelas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusi Mohd Isa polis telah menerima aduan mengenai insiden tersebut daripada mangsa pada jam 11.15 malam pada hari kejadian berlaku.

“Kejadian berlaku apabila suspek yang menaiki kereta Honda Civic tidak dapat melepasi palang tol memandangkan baki Touch nGo (TnG) tidak mencukupi.

“Suspek marah kemudian diberitahu oleh mangsa untuk membuat bayaran secara debit seperti diviralkan,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Identiti suspek dan pemilik kenderaan adalah sama

Kata beliau lagi, pihaknya juga telah mengenal pasti identiti pemandu berusia 60 tahun yang juga warga tempatan.

“Pemeriksaan terhadap pemilik kenderaan didapati sama dengan identiti suspek yang dikenal pasti.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil 1955.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

16 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago