fbpx

“Sebab Kau Bod*h, Kau Kerja Tol” – Tular Pemandu Honda Hina Penjaga Tol

Kejadian itu turut mendapat perhatian pengendali akaun X Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta agar mangsa tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (22 April), tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pemandu lelaki memarahi seorang penjaga tol dipercayai di plaza tol Segambut, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE).

Difahamkan, pemandu kereta jenis Honda Civic 9th Gen itu bertindak sedemikian selepas tidak dapat melepasi palang tol dengan membayar secara tunai.

Pemandu Honda hina penjaga tol

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X @AzfaMierul yang dipercayai abang kepada penjaga tol itu, lelaki terbabit juga didengari menghina mangsa sebelum berlalu pergi.

“Kau nak aku lempang muka kau? Kau cakap. Aku hari-hari lempang muka orang tau. Menyusahkan orang lah kau ni, sebab kau bod*hlah kau kerja tol, kalau kau pandai kau tak kerja tol lah,” kata lelaki itu.

Pemilik akaun X yang dikenali sebagai Azfa Mierul itu juga berkongsi penjelasan yang dilakukan adiknya menerusi rakaman audio di aplikasi WhatsApp.

Kejadian berlaku selepas baki kad Touch’n Go milik pemandu terbabit tidak mencukupi

Menurut mangsa, kejadian bermula selepas lelaki terbabit tidak dapat melepasi palang tol kerana baki di dalam kad Touch’n Go miliknya tidak mencukupi.

Susulan itu, dia telah mengarahkan pemandu terbabit untuk ke lorong tol lain bagi menggunakan kad debit atau kredit kerana pembayaran secara tunai tidak lagi disediakan.

“Dia cakap kad bank dia rosak, saya cakap cuba dulu di lorong 3 (tol), dia tak sampai lorong 3 lagi dia dah buka ‘double signal’ parkir lama dalam lima minit macam itu kemudian dia ‘reverse’ dan datang semula ke lorong 1 tadi.

“Dia datang dia nak bagi cash, dia kata kad bank takda dan IC (kad pengenalan) tak bawa. Masa saya nak ambil wang tunai itu dia maki saya,” dakwa mangsa.

Mangsa turut mendakwa pemandu terbabit telah lama memakinya sebelum dia bertindak merakam kejadian itu lagi.

Video tersebut yang kemudiannya sohor di media sosial telah mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu lelaki terbabit yang memaki dan menghina penjaga tol berkenaan.

PDRM minta mangsa tampil buat laporan

Kejadian itu turut mendapat perhatian pengendali akaun X Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta agar mangsa tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.

“Salam sejahtera, mangsa diminta untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membuat laporan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Terima kasih,” respon PDRM di X.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.