Tak dinafikan kita semua ingin hidup dalam persekitaran yang sihat dan bersih.
Oleh itu, demi mencapai perkara tersebut ia menjadi tanggungjawab semua masyarakat untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan tidak melakukan sebarang tindakan yang tak bertamadun seperti membuang sampah merata-rata.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan tindakan seorang individu yang menaiki Toyota Vios yang selamba membuang sampah ke luar tingkap sehingga mengundang perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pakcuw, awalnya individu berkenaan telah membuang satu sampah yang dipercayai bekas plastik ais krim dari luar tingkapnya.
Namun tidak lama kemudian individu yang memakai jam berwarna keperangan itu sekali lagi membuang satu plastik sampah keluar tingkap tanpa rasa bersalah.
Menerusi cermin sisi, turut kelihatan ais krim tersebut sedang dinikmati oleh dua individu yang dipercayai kanak-kanak.
Ekoran daripada tindakan membuang sampah merata-rata itu, perakam kemudiannya mendedahkan nombor pendaftaran kenderaan terbabit.
“Dah makan ais krim buang, haa inilah sikap. Apa nak jadilah.
“Ha tu ha nombor (nombor plat) dia, kita viral dia, kita viral dia,” kata perakam video tersebut.
Untuk makluman pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah keluar dari kenderaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara maksimum selama enam bulan.
Jika kesalahan sama diulangi, pelaku boleh didenda maksimum RM4,000 atau penjara tak lebih dua bulan atau kedua-duanya.
Ini kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang Kaedah 52 Lalu Lintas Jalan 1959.
Mengintai di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan individu berkenaan membuang sampah merata-rata.
Malah ada juga meminta perakam untuk membuat aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ).
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…