Bas Bergoyang-Goyang Ketika Lalu Jalan Raya Berlubang Undang Perhatian Ramai [Video]

Bagi kebanyakan individu, jalan raya yang rosak atau berlubang boleh mendatangkan rasa tidak selesa baik kepada pemandu ataupun penumpang. Ia juga sememangnya menyukarkan pergerakan sesebuah kenderaan.

Ini kerana pemandu perlu berhati-hati ketika melalui jalan tersebut kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada kenderaan. Malah, apa yang lebih teruk ia juga boleh menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.

Oleh sebab itu, dapat dilihat kebanyakan pemandu akan memperlahankan kenderaan mereka sekiranya melalui jalan raya yang rosak.

Bas Bergoyang-Goyang Ketika Lalu Jalan Berlubang

Begitulah yang dihadapi oleh seorang pemandu bas apabila dia terpaksa memperlahankan kenderaannya ketika melalui jalan raya yang rosak dan berlubang teruk.

Menerusi perkongsian oleh seorang wanita di akaun TikTok @cherlycherlyna, kelihatan sebuah bas mengalami kesukaran ketika melalui jalan tersebut.

Malah apa yang menjadi perhatian adalah keadaan bas yang dilihat bergoyang ke kiri dan kanan serta sukar untuk bergerak ke hadapan gara-gara keadaan jalan sedemikian.

Menurut Cherly, jalan yang rosak dan berlubang itu terletak berhampiran kawasan Sri Damansara menuju ke Kepong.

Difahamkan, jalan raya itu sebelum ini telah dibaiki beberapa kali namun keadaan itu tidak tahan lama apabila ia telah rosak semula. Malah, beberapa kemalangan raya juga telah berlaku di kawasan tersebut.

“Sabar la ya orang yang dalam bas. Memang lama sudah ni jalan di sini berlubang-lubang. Seram juga lalu kalau waktu-waktu hujan lebat tidak tahu ada lubang ni jalan,” tulis Cherly melalui ruang kapsyen.

@cherlycherlyna

Sabar la ya orang yang dalam bas. Memang lama sudah ni jalan di sini belubang lubang. Seram juga lalu kalau time2 hujan lebat tidak tahu ada lubang ni jalan😢

♬ Jalan – Jalan – Juki Batak

Hantaran Raih Perhatian Warganet

Hantaran yang dikongsikan oleh Cherly itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keadaan jalan tersebut yang dilihat boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Malah, ada di antara mereka yang pernah melalui jalan yang sama berkongsi pengalaman menggunakan jalan tersebut.

Bagi mereka yang pernah menggunakan jalan berkenaan, mereka peka dengan keadaan sedemikian namun segelintir mereka risau mengenang nasib pemandu yang tidak biasa menggunakan laluan itu.

Namun, ada warganet yang baru melalui jalan tersebut mendakwa laluan itu sedang dibaiki semula selepas dua minggu mengalami kerosakan.

Sekadar info, anda boleh membuat aduan mengenai kerosakan jalan raya melalui aplikasi MYJalan.

Aplikasi yang telah dilancarkan pada 22 Ogos 2023 itu dibina bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat aduan kerosakan jalan raya yang diselenggara oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) di platform berkenaan.

Selain daripada kerosakan jalan raya, aplikasi itu juga menerima aduan berkaitan kemudahan lain seperti lampu jalan dan lampu isyarat yang dapat dibaik pulih.

Berikut antara komen warganet:

“Jalan Ini Kau Tarlah Banyak Kali, Macam Tu Juga Keadaan Dia”

“Hari Selasa Haritu Aku Kena, Sakit Hati Woo”

“Orang Sungai Buloh Tahula, Kalau Sampai Sini Confirm Duduk Kanan”

“Berjoget-Joget Bas Tu”

“Aku Hari-Hari Lalu Sini, Memang Belah Kiri Tu Aku Tak Lalu Langsung”

“Haritu Nyaris Nak Cium Kereta Depan, Sebab Lori Tukar Lane Tiba-Tiba Sebab Lubang Ni”

Baca Artikel Berkaitan: Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Baca Artikel Berkaitan: Tayar Kereta Ceddy Pecah Gara-Gara Langgar Lubang Hingga Raih Perhatian LPT

Baca Artikel Berkaitan: Geram Aduan Jalan Berlubang Tidak Diendahkan, Lelaki Ini Pacak Batu Nisan Siap ‘Tahlil’ Tanda Protes

Recent Posts

  • Trending

Ada Cubaan Buang Hadis Daif – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Tegas UAI lagi, antara ulama yang turut mengamal dan menyebar hadis daif adalah Imam Bukhari,…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Keputusan Siti Nurhaliza Sertai Konsert David Foster Mengecewakan” – BDS Malaysia

Menurut BDS Malaysia, David Foster sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis…

1 day ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

#ShopeeHaul Raih Lebih 423,000 ‘Likes’ Dengan Tips Bergaya Mampu Milik Untuk Wanita

Selebriti dan pempengaruh Malaysia - Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, Afifah Nasir, dan Bella Astillah…

2 days ago
  • News
  • Trending

Tular SkyAvenue Genting Highlands Terbakar [Video]

Dalam pada itu jurucakap Genting Malaysia mengesahkan insiden berlaku di pusat beli-belah Genting Sky Avenue…

2 days ago
  • Trending

“Marketing Sampah” – Bisnes F&B Dikecam Selepas Guna Kes Zayn Rayyan Untuk Promosi Fries

Sebuah syarikat F&B telah mempromosikan salah satu produk mereka iaitu kentang goreng di laman X…

2 days ago
  • Trending

“Jari Tak Cukup”- Ditanya Mengapa Tak Siap Kerja Sekolah, Jawapan Pelajar Buat Ramai Terhibur [Video]

Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak berkenaan apabila disoal mengapa dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya membuatkan…

2 days ago