fbpx

Geram Aduan Jalan Berlubang Tidak Diendahkan, Lelaki Ini Pacak Batu Nisan Siap ‘Tahlil’ Tanda Protes

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/BrotherhoodShahAlamOfficial/posts/689047764992244?__xts__%5B0%5D=68.ARDvafeOf3xUmMW_eomrNNBPLHbn3U2ZBA0wvPNIybIZYURGGsA79DDCU14PsMNTUb1kitaw03va2D0gODPEKXlAXETIQYT3kdraW5qFJWhMtCT7D02C0nIkKxZSLrKEyCpA0q83gxmJAMv7wwIN90SWAnVTREKjQCJ4SSiU7hG2wGSElJvfc4s44Fgpr-KHxuMH8yWRUsaua7feuU2zTrCHJK7axkJrOYm6NZuX3_nSKTlef7MrzCHnheBTrHs8MjrYeTtUlCRtX0bUcNOTQ1F6U1Ahkeb4hfXXXksn4WsrPengJ4asF8Fi8fF7lbVebASvcCzHC2VKMopuzbZlDq4&__tn__=-R

Sebagai seorang pengguna jalanraya terutamanya penunggang motorsikal, selain dari berdepan pemandu gila dan mabuk, satu lagi perkara yang digeruni mereka adalah jalan berlubang atau jalan yang tidak diturap dengan baik.

Keadan sebegini bukan sahaja membahayakan golongan penunggang malah boleh menyebabkan kemalangan maut. Justeru ramai mengambil inisiatif membuat aduan sekiranya ternampak jalan sebegini.

Namun buat pengadu, tiada yang lebih dikesalkan apabila tiada tindakan yang diambil berhubung aduan terbabit seperti kejadian yang sedang tular di media sosial ketika ini.

Pacak batu nisan tanda protes

Menerusi FB, satu perkongsian oleh kumpulan Brotherhood Shah Alam memperlihatkan seorang rakan mereka dipercayai dari kawasan yang berbeza telah meletakkan batu nisan di sebuah jalan yang berlubang.

Tidak berhenti di situ sahaja individu berkenaan juga dilihat siap berdoa dan bertafakur disana sebagai tanda protesnya terhadap kelewatan pihak berkaitan untuk mengambil tindakan

Menurut perkongsian tersebut, individu berkenaan yang ternyata berang turut meluahkan rasa berang kesal mereka di atas kelewatan pihak berwajib sedangkan keadaan jalan berkenaan semakin teruk dan lubang semakin membesar.

Mula diambil perhatian selepas posting menjadi viral

Namun difahamkan jalan tersebut sudahpun diturap tidak sampai 12 jam selepas posting berkenaan menjadi tular.

Hasilnya :

Dilihat ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pemuda berkenaan malah mereka turut mengkritik pihak terbabit yang dilihat kurang cakna berkaitan keselamatan penduduk setempat .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.