fbpx
Now Reading
Lelaki Berang Lepas Ditegur Kerana ‘Membuang’ Di Tempat Ambil Wuduk Surau [Video]

Lelaki Berang Lepas Ditegur Kerana ‘Membuang’ Di Tempat Ambil Wuduk Surau [Video]

Difahamkan pihak MBSA telah mengambil tindakan tegas terhadap lelaki yang membuang air besar di tempat ambil wuduk surau berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki yang berang selepas ditegur kerana membuang air besar di kawasan tempat mengambil wuduk di sebuah surau awam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @m.norazlii, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah surau awam di Shah Alam, Selangor pada Rabu lalu (25 Oktober).

Lelaki keluar dari tempat ambil wuduk dalam keadaan marah

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki yang memakai baju belang berwarna putih hitam itu keluar daripada tempat mengambil wuduk surau berkenaan sambil memakai kasut dalam keadaan yang marah.

Dia kemudianya mengejar si perakam video kerana tidak berpuas hati selepas ditegur membuang air besar di dalam kawasan terbabit.

Sanggup kejar hingga ke dalam restoran

Seolah-olah ingin memukul si perakam yang menegurnya itu, dia sanggup mengejar lelaki tersebut sehingga ke dalam sebuah restoran berdekatan surau terbabit.

Menurut pemilik akaun TikTok, lelaki terbabit mempunyai masalah mental dan si perakam pula merupakan seorang penjawat awam yang bekerja di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

@m.norazlii

Seorang lelaki (kurang siuman) MENYERANG SEORANG PENJAWAT AWAM , Kes berlaku di SHAH ALAM !

♬ Dramatic Military – Faid rafanda

“Seorang lelaki (kurang siuman) menyerang seorang penjawat awam, kes berlaku di Shah Alam,” tulis di kapsyen.

Pihak MBSA telah mengambil tindakan tegas terhadap pelaku

Sementara itu, dalam satu lagi hantaran berbeza, difahamkan pihak MBSA telah mengambil tindakan tegas terhadap lelaki yang membuang air besar di tempat ambil wuduk surau berkenaan.

@m.norazlii

Replying to @am ateng BUKAN SEKADAR CONTENT !! KEJADIAN BERLAKU DI SEKSYEN 17, BERTARIKH 25/10/2023 . Hari ini PIHAK MAJLIS BANDARAYA TELAH MENGAMBIL TINDAKAN YANG TEGAS TERHADAP PELAKU. Ini DEMI KESELESAAN PENDUDUK DI KAWASAN SEKITAR . Syabas PIHAK MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM KERANA MENGAMBIL TINDAKAN PANTAS ! #fyp #penjawatawam #kesSelesai

♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

Setakat artikel ini ditulis, kami tidak menerima sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit daripada pihak polis mahupun MBSA.

Diharapkan orang ramai tidak memberi sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.