fbpx
Now Reading
Lelaki Maut Lepas Leher Tersepit Pintu ‘Shutter’ Bank Di Shah Alam

Lelaki Maut Lepas Leher Tersepit Pintu ‘Shutter’ Bank Di Shah Alam

Mangsa yang maut akibat tersepit di pintu shutter ATM itu merupakan lelaki berumur lingkungan 50-an hingga 60-an yang dipercayai terbaring dalam keadaan mabuk sebelum kejadian berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kematian itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan tiada seorang manusia pun yang mengetahui waktu nyawa mereka akan ditarik.

Boleh jadi mereka meninggal dunia kerana masalah kesihatan, kemalangan, masalah kehidupan dan sebagainya.


Lelaki Maut Selepas Leher Tersepit Di Pintu Shutter Bank Di Shah Alam

Dalam satu kejadian yang berlaku pada hari ini (2 Januari), seorang lelaki dilaporkan maut selepas lehernya tersepit di pintu shutter di sebuah bank di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa telah ditemui oleh orang awam sekitar jam 7:29 pagi dalam keadaan terbaring dan tidak menyedarkan diri.

Mangsa difahamkan berada di hadapan pintu masuk ke mesin pengeluaran wang tunai ATM di bank berkenaan.

Mohd Iqbal menjelaskan rakaman kamera CCTV menunjukkan bahawa mangsa berbaring di pintu masuk bank tersebut sekitar jam 11:48 malam semalam (1 Januari) dalam keadaan mabuk.

Namun apabila tepat jam 12:01 pagi, pintu shutter di bank itu tertutup secara automatik dalam keadaan ia bergerak ke bawah hingga menyebabkan leher mangsa tersepit.

Situasi tersebut difahamkan berlarutan melebihi tempoh enam jam sebelum pintu shutter itu kembali dibuka secara automatik pada jam 6:00 pagi.

Gambar sekadar hiasan

Pihak Hospital Sahkan Kematian Mangsa

Pembantu Perubatan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang telah mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat kejadian tersebut.

Pemeriksaan yang dijalankan mendapati mangsa dianggarkan berumur lingkungan 50-an hingga 60-an serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Hasil siasatan mendapati insiden yang berlaku kepada mangsa tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul di talian 012-3630512.

Sebelum ini, insiden melibatkan individu tersepit kepala di lif telah berlaku kepada seorang lelaki yang merupakan pekerja penyelenggaraan di Pulau Pinang.

Mangsa iaitu R Tinesh Kumar berusia 28 tahun maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas tersepit di bahagian pintu lif sebuah pusat membeli-belah.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Kepala Tersepit Ketika Sedang Baiki Lif

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.