fbpx
Now Reading
PDRM Akan Ambil Alih Siasatan Nahas Pesawat Di Elmina Sekiranya Ada Unsur Khianat

PDRM Akan Ambil Alih Siasatan Nahas Pesawat Di Elmina Sekiranya Ada Unsur Khianat

Menurut Ketua Polis Selangor, ketika ini siasatan dijalankan oleh BSKU untuk mengenal pasti bagaimana dan kenapa pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) itu boleh terhempas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih siasatan nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu sekiranya terdapat unsur khianat dalam tragedi tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata pihaknya masih menunggu jika laporan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) menjurus ke arah unsur khianat.

Siasatan ketika ini dijalankan oleh BSKU

Menurutnya, ketika ini siasatan dijalankan oleh BSKU untuk mengenal pasti bagaimana dan kenapa pesawat ringan itu boleh terhempas.

“Polis sudah selesai, kita sudah merakamkan kenyataan saksi awam yang mana mungkin sebahagian siasatan ini boleh digunakan oleh BSKU.

“Kalau ada unsur ‘foul play’ (khianat), mungkin polis siasat. Setakat ini tidak nampak ‘foul play’.

“Jika BSKU nampak apa-apa, mereka akan maklum kepada polis dan polis ambil alih siasatan,” katanya dipetik Berita Harian semalam (21 Ogos).

BSKU akan serah laporan siasatan kepada Kementerian Pengangkutan

Berkongsi lanjut, Hussien berkata BSKU juga bertanggungjawab menyerahkan laporan siasatan kepada Kementerian Pengangkutan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai rakaman ‘dashcam’ ketika pesawat itu terhempas yang tular di media sosial, beliau berkata belum ada laporan baharu diterima.

Selain itu, pihak polis juga menunggu jika ada saksi memiliki apa-apa bahan yang boleh membantu siasatan.

Nahas pesawat Beechcraft terhempas di Bandar Elmina, 10 nyawa terkorban

Terdahulu, sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang berlepas daripada Langkawi menuju ke Subang telah terhempas pada jam kira-kira 2 petang Khamis lalu di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Gutherie.

Tragedi nahas pesawat itu mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga EXCO Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Ringan Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Adun Pahang Antara Korban [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.