fbpx
Now Reading
Persembahan Coex Ditonton Oleh Pelajar Tahfiz Buat Ramai Tepuk Dahi [Video]

Persembahan Coex Ditonton Oleh Pelajar Tahfiz Buat Ramai Tepuk Dahi [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan sekumpulan pelajar tahfiz yang menjadi salah satu penonton di konsert berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pelajar tahfiz merupakan antara anak-anak yang dihantar untuk mendalami ilmu agama.

Bahkan majoriti mereka dilatih untuk menghafaz dan mempelajari kitab suci al-Quran bagi melahirkan para ilmuan agama yang berkualiti.

Kumpulan Coex buat persembahan depan pelajar tahfiz

Namun baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan persembahan kumpulan penyanyi wanita baharu, Coex yang dihadiri oleh sekumpulan pelajar tahfiz di sebuah konsert di Shah Alam.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @dinnnnn5x di TikTok, kelihatan kumpulan penyanyi itu sedang menyanyi sebuah lagu dangdut bertajuk ‘Selamat Jalan Romeo’.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah ketika kumpulan itu menyanyi dan menari ia disaksikan oleh sekumpulan pelajar tahfiz yang turut menjadi penonton.

Bukan hanya itu, turut kelihatan pakaian serta aksi tarian oleh kumpulan penyanyi itu tidak bersesuaian untuk ditonton oleh pelajar berkenaan.

@dinnnnn5x

ADA GAMBAR SEBELOM DAN SELEPAS. cuba tgok apa yg pelik

♬ original sound – SAPE DIA NI?

Ustaz Dusuki sifatkan ia tindakan yang buruk jemput pelajar tahfiz ke konsert

Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan ramai netizen termasuklah pendakwah bebas Ustaz Ahmad Dusuki.

Jelasnya tindakan penganjur menjemput para pelajar tahfiz berkenaan adalah sesuatu yang buruk.

“Adalah tindakan yang paling buruk bagi mereka yang menjemput dan menerima jemputan ke majlis maksiat yang dibenci oleh Allah ini, lebih-lebih lagi anak tahfiz dan anak yatim yang sedang dijaga aqalnya dari rosakkan oleh kemaksiatan sebegini.

“‘Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberi kepada yang melakukan maksiat kepadaNya’,” katanya lagi.

Seru pihak berkuasa untuk ambil tindakan

Beliau dalam masa sama turut menyeru agar pihak yang berkuasa untuk mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.

Para netizen yang tidak senang dengan perkara itu turut meminta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengulas berhubung isu tersebut.

Walau bagaimanapun, kami yang kebetulan berada di konsert tersebut mendapati kumpulan pelajar tahfiz itu telah beredar sebelum tetamu VIP dan menteri hadir ke program terbabit.

Pihak BuzzKini telah menghubungi pihak penganjur untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu itu namun masih belum mendapat sebarang jawapan.

Berikut adalah antara komen netizen:

“Allahuakbar.. melampaunya.. kesian anak-anak tahfiz kena tengok benda-benda macam ni”

“Saya nampak kumpulah tahfiz tu”

“Pakai serban budak-budak tu pergi sana”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.