Isi ‘Jajan’ Kurang, Wanita Buat Aduan Kepada Syarikat & Dapat Ganti Snek Baru

Apabila menyebut tentang jajan atau snek, setiap orang mempunyai snek kegemaran mereka tersendiri.

Antara yang paling popular dan sering menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat di negara ini adalah Mamee, Keropok Bika dan Apollo.

Jika sudah namanya jajan ‘favourite’, pasti peminat setia snek ini boleh mengingati bentuk, rasa dan jumlah isi kandungan snek itu.

Malah, ada segelintir mereka mampu mengesan jika terdapat sebarang perubahan dalam makanan tersebut.

Bilangan Tak Cukup Dari Jumlah Yang Sepatutnya, Wanita Buat Aduan Kepada Syarikat

Kecewa dengan kandungan snek kegemaran yang kurang jumlahnya daripada kebiasaan, seorang pengguna TikTok berkongsi kisah dirinya mendapat ganti rugi daripada syarikat makanan terbabit.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @nsbmu, wanita yang dikenali sebagai Shaheeda berkongsikan kisahnya yang mendapat ganti rugi sebuah kotak jajan selepas aduan dibuat kepada syarikat berkenaan.

Pada mulanya, suami Shaheeda menyedari isi kandungan snek kegemaran mereka kurang daripada kebiasaan.

Lazimnya, snek Apollo itu mengandungi tiga wafer namun dia dan suaminya mendapati hanya dua wafer sahaja di dalam bungkusan tersebut.

Menyedari akan hal itu, Shaheeda bertindak merakam kandungan snek tersebut sebagai bukti sebelum membuat aduan kepada syarikat makanan berkenaan melalui e-mel pada 15 Mei yang lalu.

Foto: TikTok @nsbmu

Syarikat Beri Ganti Rugi Sekotak Snek Baru

Sebagai menghargai sokongan peminat setia snek tersebut, syarikat makanan Apollo bertindak segera dengan membalas e-mel Shaheeda pada 16 Mei dan meminta butirannya seperti alamat bagi menggantikan snek yang baharu.

Difahamkan, Shaheeda menerima ganti berupa sekotak wafel berintikan coklat pada 23 Mei 2024.

Foto: TikTok @nsbmu

Perkongsian Dapat Perhatian Warganet

Perkongsian Shaheeda nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata kagum dan tidak menyangka syarikat terkenal itu sanggup melayan aduan dan memberi ganti kepada pelanggan setia mereka itu.

Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman masing-masing membuat aduan di syarikat berlainan menerusi ruangan komen.

Berikut antara komen warganet:

“Apollo Kilang Di Johor Bahru Baik, Customer Service Dia Pun Bagus”

“Saya Pernah Komplen Pampers Anak Tak Cukup 3 Keping, Sampai-Sampai 1 Pek Besar Sekali Tisu Basah Lagi”

“Pensyarah Saya Report Milo Ada Ulat, Dia Dapat Ganti Baru”

“Sebab Tu Kena Buat Aduan Dekat Saluran Yang Betul, Bukan Sikit-Sikit Nak Viral”

“Memang Betul, Sos Tiram Brand Saji Saya Beli Ada Masalah, Saya Email & Tunjuk Bukti, 3 Hari Lepas Tu Diorang Bagi Sekotak Produk Saji”

Baca Artikel Berkaitan: Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Baca Artikel Berkaitan: Dakwa Kasut Dior Rosak Terkena Pelekat, Pelanggan Minta Ganti Rugi RM4,900 Daripada Peniaga [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Teruk Dikecam, Kedai Patung Teletubbies Mohon Maaf & Pulangkan Duit Ganti Rugi

Recent Posts

  • Trending

Ada Cubaan Buang Hadis Daif – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Tegas UAI lagi, antara ulama yang turut mengamal dan menyebar hadis daif adalah Imam Bukhari,…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Keputusan Siti Nurhaliza Sertai Konsert David Foster Mengecewakan” – BDS Malaysia

Menurut BDS Malaysia, David Foster sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis…

1 day ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

#ShopeeHaul Raih Lebih 423,000 ‘Likes’ Dengan Tips Bergaya Mampu Milik Untuk Wanita

Selebriti dan pempengaruh Malaysia - Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, Afifah Nasir, dan Bella Astillah…

2 days ago
  • News
  • Trending

Tular SkyAvenue Genting Highlands Terbakar [Video]

Dalam pada itu jurucakap Genting Malaysia mengesahkan insiden berlaku di pusat beli-belah Genting Sky Avenue…

2 days ago
  • Trending

“Marketing Sampah” – Bisnes F&B Dikecam Selepas Guna Kes Zayn Rayyan Untuk Promosi Fries

Sebuah syarikat F&B telah mempromosikan salah satu produk mereka iaitu kentang goreng di laman X…

2 days ago
  • Trending

“Jari Tak Cukup”- Ditanya Mengapa Tak Siap Kerja Sekolah, Jawapan Pelajar Buat Ramai Terhibur [Video]

Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak berkenaan apabila disoal mengapa dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya membuatkan…

2 days ago