Video Safiq Rahim Lepas Geram, Mencarut Kepada ‘Haters’ Tular!

Di saat teman-teman sepasukan sedang ‘menikmati’ detik kemenangan selepas Johor Darul Takzim (JDT) muncul juara Piala Malaysia TM 2017, malam tadi, Safiq Rahim pula meraikannya dengan cara berbeza dengan melepaskan geram kepada ‘haters’.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial tersebut, kapten JDT itu dilihat menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada ‘haters’.

Safiq ketika itu sedang berjalan beriringan dengan penyerang JDT, Gabriel Guerra tiba-tiba meleraikan pelukan rakan sepasukannya itu dan menjerit “to all haters pu**ek! Gua champion s*al! B*bi, anak har*am!”

Menerusi perkongsian oleh laman sosial Facebook Sukan Star TV, pelbagai komen telah dikongsi oleh netizen.

Ada netizen yang tidak menyalahkan Safiq dan menganggap pemain tersebut mungkin tertekan dengan caci maki dilemparkan haters kepadanya sebelum ini.

Tidak kurang juga yang berpendapat, Safiq tidak sepatutnya bersikap sedemikian kerana itu mencalar kredibilitinya sebagai kapten pasukan.

Sejak dimuat naik kira-kira pukul 6 pagi tadi, video tersebut telah ditonton sebanyak 371 ribu kali dan dikongsi lebih seribu pengguna laman sosial.

Video tersebut juga telah menerima lebih 7,500 reaksi daripada pengguna laman sosial dengan 3,100 komen.

JDT menamatkan kemarau 25 tahun selepas menjulang Piala Malaysia 2017 apabila menundukkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Foto: Insttagram Safiq Rahim

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

11 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

13 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

14 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

17 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

17 hours ago