‘Just Be Yourself’ Datuk Ramli MS Nasihat Nabil Di GV4

Tercuit hati MH apabila menonton episode Gegar Vaganza 4. Seperti yang semua tahu Nabil Ahmad telah ditegur oleh Chef Wan di Instagram gara-gara sikapnya yang ‘terlebih kata’ setiap kali mengacarakan program ini.

Disebabkan itu, Nabil telah bertindak mengawal diri dan kata-kata sepanjang pembukaan program tersebut.

Namun tindakannya itu sangat jangal dan agak melucukan. Bayangkan, Nabil yang terkenal dengan sikap nakal dan suka menyakat itu tiba-tiba berubah menjadi orang lain yang lebih serius dan jauh berbeza dengan karakternya yang sebenar.

Malah, Nabil turut berkata dia ingin berubah dan mungkin semua ini dapat memberi pengajaran buat semua.

“Mungkin anak-anak kecil akan tengok. Mungkin ia akan jadi pengajaran untuk semua orang, jadi nak berubah jadi baik,” ucapnya ketika bersiaran langsung malam tadi.

Melihat kejangalan sikap Nabil yang terlalu ‘cover’ membuatkan ramai orang tergelak dengan setiap kata-katanya termasuklah Jihan Muse sebagai pasangan pengacaraannya.

Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram juga tidak ketinggalan memberi kata dua kepada Nabil agar lebih menjadi diri sendiri dan usah mengambil pusing tentang kata-kata orang.

“Just be yourself. Kau bayar bil sendiri, bukan orang lain. Itu branding kau, but it’s okay,” katanya sepanjang program tersebut berlangsung.

Manakala di akaun rasmi Instagram Gegar Vaganza, ramai netizen turut memberi semangat kepada pengacara ini.

Bagaimanapun, ada juga beberapa netizen yang tidak bersetuju dengan cara Nabil yang terlalu sinis dan diakatakan tidak move on dengan kontroversi teguran itu.

Hmmmm, tak tahulah kami nak kata apa, sebab bagi kami masing-masing mungkin sudah melupakan apa yang sudah jadi, tetapi untuk nampak ‘relate’ Nabil sengaja ‘mungusik’ semua dengan apa yang terjadi baru-baru ini. Malah dalam masa yang sama, MH juga hormati teguran Chef Wan tentang perkara ini.

Apapun MH boleh katakan episode GV4 kali ini memang agak menghiburkan. Rasa tak sabar nak tunggu tema minggu depan “Jangan Kata Tak Tahu” yang mengetengahkan lagu-lagu popular terbaru.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

7 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

9 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

13 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

13 hours ago