fbpx
Now Reading
“Saya Bagi Amaran!” – Kerajaan Johor Tak Benarkan Pesta Seks Diadakan, Gesa JAINJ Ambil Tindakan

“Saya Bagi Amaran!” – Kerajaan Johor Tak Benarkan Pesta Seks Diadakan, Gesa JAINJ Ambil Tindakan

Terdahulu tular poster parti ‘Gang Bang JB Party’ yang difahamkan akan berlangsung pada Jun hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu akaun Twitter yang mempelawa orang ramai menyertai pesta seks ‘Gang Bang JB Party’ yang akan diadakan di Johor Bahru pada 20 Jun hadapan.

Penularan poster pesta tidak bermoral itu sekaligus mendapat pelbagai reaksi ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam dan ingin pihak berwajib mengambil tindakan dengan segera.

Kerajaan Johor beri amaran jangan anjurkan program dorong ke arah maksiat

Susulan itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mengadakan atau menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan kemaksiatan.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Mohd Fared yang juga ADUN Semerah berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur pesta tersebut dengan segera.

Mohon orang ramai bantu cegah dan halang pesta seks di Johor

Beliau juga meminta orang ramai membantu dengan mencegah dan menghalang daripada kegiatan tidak bermoral itu diadakan.

“Jangan cuba berkelaku dengan perangai buruk di Johor dengan mengajak orang melakukan maksiat terang-terangan dan tak bermoral.

“Saya bagi amaran! Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor. Semua mesti bantu cegah dan haling kegiatan tak bermoral ini,” tegasnya.

Mengikut semakan kami pula, akaun Twitter yang mempelawa orang ramai menyertai pesta seks liar di Johor Bahru itu telah pun tiada dipercayai sudah dinyahaktif.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.