Jika anda ingat sekitar pertengahan Februari lalu, no pendaftaran dengan mulaan KFC menjadi perbualan hangat peminat kereta sebaik bidaan dibuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.
Kali ini satu lagi nombor siri iaitu dari negeri jiran, Perlis pula menjadi tumpuan orang ramai iaitu no siri dengan mulaan RAJ.
Berbanding KFC, yang hanya meraih RM 2 Juta, nampaknya no plat RAJ yang dibuka sepanjang tempoh lima hari bermula 18 Februari lalu lebih menjadi tumpuan orang ramai dimana JPJ Perlis berjaya meraih RM3.48 Juta dari hasil bidaan.
Pengarah JPJ negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah, berkata nilai tertinggi bagi siri nombor itu adalah bagi pendaftaran RAJ 1 dengan bidaan RM202,670.
“JPJ Perlis membuka siri pendaftaran ini hingga 22 Februari lalu dan menerima pembida sebanyak 4,026 dengan jumlah bidaan sebanyak RM 3,486,332. Selain RAJ 1 yang mendapat sambutan tertinggi, plat RAJ 5 juga mencatat jumlah bidaan kedua tertinggi sebanyak RM 101,780 dan diikuti RAJ 3 sebanyak RM 81,000,” katanya.
Jumlah pembida yang berjaya dalam siri nombor pendaftaran berkenaan adalah seramai 2,333 orang.
Cuba tanya mana-mana rakan anda yang bernama Raj, mana tahu ada yang membida sama? Mesti bangga kan dapat no plat sama dengan nama sendiri.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…