Mungkin Ramai Pemandu Tak Tahu! Ini 5 Tanda ECU Kereta Korang Dah Rosak [Video]

Sudah menjadi lumrah, bukan semua pemandu tahu membaiki kerosakan-kerosakan yang dialami oleh kenderaannya sendiri.

Bagaimanapun, penting juga untuk kita sekurang-kurangnya tahu perkara asas mengenai kenderaan untuk mengelakkan kereta dari menjadi lebih rosak atau ditipu oleh segelintir mekanik yang tidak bertanggungjawab.

Seperti baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai mekanik di sebuah pusat pembaikan penghawa dingin dan enjin di Saujana Utama, Sungai Buloh telah berkongsi tips cara untuk mengenal pasti kenderaan yang sedang mengalami kerosakan.

Lelaki kongsi tips cara kenal pasti ECU kereta sudah rosak

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @altimatsaujana, lelaki terbabit menjelaskan cara untuk mengetahui jika ECU (Electronic Control Unit) kereta sudah mulai rosak.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Berikut lima tanda jika ECU kereta sudah rosak:

#1 Prestasi enjin menurun

Dulu setiap kali tekan pedal minyak sahaja kereta akan pergi dengan laju, tapi sekarang macam sendu. Mungkin ramai yang berdepan situasi sebegini namun tidak tahu dari mana puncanya.

Menurut lelaki itu, prestasi enjin yang menurun juga boleh disebabkan oleh masalah ECU.

Hal ini kerana, ECU kereta yang tidak berada dalam keadaan baik boleh memberi kesan kepada ‘timing’ enjin sekali gus menyebabkan kecekapan pembakaran dalam enjin menjadi tidak baik.

#2 Enjin kereta tersengguk-sengguk

Menurut lelaki itu, masalah sebegini hanya berlaku sekali sekala dan bukan pada setiap masa, namun ia boleh kembali terjadi pada bila-bila masa sahaja.

Jadi jika anda dapat merasakan enjin kereta tersengguk-sengguk (jerking) namun tidak kerap terjadi, jangan ambil mudah, sebaiknya bawa kereta ke pusat servis yang dipercayai atau berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

#3 Lampu ‘Engine Check’ menyala

Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih ada segelintir pemandu yang tidak mengetahui tentang lampu-lampu amaran yang terdapat pada meter kenderaan.

Ianya bukanlah sesuatu aksesori, sebaliknya untuk memberi tahu tentang masalah-masalah di bahagian enjin seperti kerosakan ECU.

Jelas lelaki itu, lampu amaran periksa enjin menyala atau berkelip-kelip di bahagian meter menandakan sistem komputer mengesan potensi masalah pada bahagian enjin sama ada kerosakan sensor ataupun litar.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

#4 Kereta kuat makan minyak

Mungkin dalam tak sedar korang pernah mengeluh jika kereta yang dipandu tidak lagi jimat minyak seperti dahulu, namun tidak memandang serius isu berkenaan dan menganggap ia sesuatu yang normal.

Bagaimanapun, lelaki terbabit berkata ia boleh berpunca disebabkan kerosakan ECU kerana enjin kereta berdepan kesukaran untuk mengenal pasti kadar bahan api yang sesuai untuk dihantar bagi proses pembakaran.

#5 Kereta tak boleh start

Apabila kenderaan tidak dapat dihidupkan, kebanyakan pemandu pasti akan berfikir bahawa ia berpunca daripada masalah bateri, alternator atau starter yang sudah ‘kong’ (rosak).

Pun begitu, lelaki berkenaan menjelaskan ia tidak mustahil jika berpunca daripada kerosakan ECU.

Hal ini terjadi apabila ECU tidak lagi dapat menghantar input elektronik kepada enjin seperti biasa.

Apa itu ECU kereta dan fungsinya?

Untuk info, ECU kereta merupakan komponen elektronik utama kenderaan yang bertindak sebagai pusat kawalan atau komputer utama enjin.

ECU juga berfungi untuk mengawal prestasi dan kebolehpanduan (drivability) sesebuah kenderaan, selain menguruskan nisbah bahan api dan udara serta timing, lapor Carsome.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago