fbpx
Now Reading
Senarai Pekerjaan Yang Paling Kurang Tidur Dan Paling Cukup Tidur Menurut Kajian

Senarai Pekerjaan Yang Paling Kurang Tidur Dan Paling Cukup Tidur Menurut Kajian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mesti anda pernah merungut untuk pergi ke kerja kerana rasa mengantuk dan hanya ingin sambung tidur, bukan? Ramai yang sering merungut dengan kerja yang dilakukan mereka sehari-harian.

Tetapi tahukah anda, ada juga pekerjaan yang memaksa anda berkorban waktu tidur anda pada waktu malam?

Gambar sekadar hiasan

Menurut kajian yang dilakukan oleh Hillarys, terdapat beberapa bidang pekerjaan yang membuatkan anda tidak cukup tidur iaitu:

Penjagaan kesihatan – Purata masa tidur: 4 jam 15 minit

Penguatkuasaan undang-undang – Purata masa tidur: 4 jam 30 minit

Pengajaran – Purata masa tidur: 4 jam 35 minit

Wartawan – Purata masa tidur: 4 jam 50 minit

Hospitaliti – Purata masa tidur: 5 jam

Purata masa tidur yang terhad ini dipengaruhi oleh syif masa yang panjang, tekanan dan merantau dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Hillarys juga merumuskan pekerjaan yang paling cukup masa rehat mereka adalah seperti berikut:

Rambut dan kecantikan – 9 jam 40 minit

Telemarketer – 8 jam 45 minit

Insurans – 8 jam 20 minit

Runcit – 8 jam 15 minit

Pembinaan – 8 jam 10 minit

Kajian berkenaan juga melaporkan mereka yang kurang tidur kerana terikat kepada pekerjaan masing-masing secara tidak langsung mempengaruhi kesihatan mereka.

Sumber: Era

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.