Ini Adalah 7 Cara Mengatasi Rasa Ingin Tidur Pada Waktu Kerja

1. Makan Terlalu Banyak Karbohidrat Waktu Makan Tengah Hari

Tidak dinafikan, nasi telah menjadi makanan ruji kita tetapi jika jumlahnya terlalu banyak dan sistem badan tidak membakarnya, ini akan menjadi salah satu punca badan anda lesu. Makan dalam jumlah yang banyak juga akan menyebabkan proses pencernaan memerlukan tenaga yang tinggi dan membuatkan tumpuan anda akan terganggu.

Anda boleh mengurangkan jumlah nasi atau bertukar kepada karbohidrat yang mengambil masa lama untuk melepaskan tenaga, seperti nasi beras perang (brown rice), tortilla gandum, lentil dan kekacang. Pilihan pemakanan yang bijak pada waktu tengah hari boleh memberi anda bekalan tenaga untuk waktu petang.

2. Dehidrasi

Gambar: Physicians Premier

Jika anda rasa ingin tidur pada waktu kerja, regangkan kaki anda dan minum segelas air kosong. Kekurangan air boleh menyebabkan keletihan dan rasa mengantuk. Air kosong amat penting bagi mengekalkan kelembapan tubuh badan, jadi lebihkan pengambilan air dan kurangkan minuman air manis atau berperisa.

Pengambilan kopi juga harus dikawal, kerana secara berlebihan, kopi dan kafein boleh meletihkan dan tidak membantu mengekalkan daya tumpuan sewaktu bekerja.

3. Duduk Terlalu Lama

Gambar: Berita Harian SG

Jika anda menghadap komputer dari pagi sehingga petang sewaktu bekerja, pastikan anda mengambil masa untuk rehat. Bangun dari tempat duduk anda dan buat senaman regangan atau keluar berjalan di luar pejabat. Udara yang segar dapat membantu menyegarkan diri.

Cara duduk atau postur juga penting, jadi cuba duduk dengan tegak untuk meningkatkan daya tumpuan. Duduk secara senget atau menurun (slumped) boleh memberikan kesan negatif terhadap tahap tenaga anda.

4. Sukar Tidur Waktu Malam

Gambar: Edisi Rakyat

Kekurangan rehat pada waktu malam hanya akan mengganggu urusan hari esok. Lazimnya, badan manusia memerlukan 7 hingga 8 jam rehat setiap hari. Elakkan mengambil makan malam terlalu lewat kerana badan anda masih memerlukan masa untuk proses pencernaan. Elakkan juga bersenam terlalu dekat dengan waktu tidur kerana pengeluaran hormon adrenalin yang tinggi boleh menyukarkan anda tidur.

Jika anda susah untuk lelapkan mata, cuba mandi air suam atau minum susu suam untuk merehatkan badan dan minda anda. Anda juga boleh cuba buat senaman regangan badan yang ringan (light stretches) sebelum tidur untuk meletakkan badan dalam keadaan santai.

5. Tidur Tidak Lena

Gambar: The Vocket

Ada orang mudah untuk tidur tetapi kualiti tidur tidak sebegitu bagus, jadi mereka lazimnya rasa mengantuk dan ingin tidur pada waktu pagi. Jika anda kerap terjaga di waktu malam, cuba lebihkan pemakanan Omega-3 dari telur ayam dan ikan dan kurangkan penggunaan telefon bimbit atau komputer riba sebelum tidur.

Anda juga harus perhatikan dan mengawal pengambilan minuman yang berkafein seperti kopi, teh dan air bergas kerana ia mungkin menyebabkan badan anda lebih terjaga pada waktu malam. Amalkan tidur pada waktu yang sama setiap malam, kerana rutin yang konsisten mampu membantu anda tidur lena dengan lebih baik.

6. Kegemukan Atau Kencing Manis

Gambar: The Jakarta Post

Masalah kencing manis atau berat badan berlebihan boleh menyebabkan anda lebih cenderung untuk tidur di siang hari. Ini kerana glukos yang tinggi dalam darah boleh melesukan badan dan melambatkan pergerakan darah. Amalkan pemakanan yang seimbang dan cuba tingkatkan kesihatan dan kecergasan badan anda.

7. Stress

Gambar: Brainfacts

Stress boleh mendorong anda untuk bekerja dengan lebih kuat, tetapi stress yang melampau boleh mengakibatkan badan anda mahukan kelegaan sementara (temporary relief) dengan tidur. Uruskan stress anda dengan bijak, supaya tahap tenaga anda boleh dipelihara dan tidak rasa ingin tidur pada waktu bekerja.

Sumber: AIA

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

35 mins ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

54 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago