Pastikan Ada Beli 4 Kelengkapan Ini Jika Nak Selesa Masa Travel

Travel memang menyeronokkan, tak kisahla sama ada pergi bercuti,  lawatan sambil belajar  dan mungkin trip bekerja . Yelah, sebab kita dapat lari dari rutin harian yang biasa kita lakukan.

Tapi ada satu perkara yang paling tidak menyeronokkan .

 Berkemas! Yes berkemas!

Lagi-lagi nak beli kelengkapan travel kan?? Nak cari itu nak cari ini. Kadang2 kalau boleh satu rumah nak bawak .

Tapi kena ingat, sebaik-baiknya bawak barang yang betul-betul kita perlukan dan dapat membantu memudahkan urusan dan keselesaan kita semasa travel

Melalui perkongsian di Facebook ,seorang pemuda, Ben Amir  mencadangkan pada travellers di luar sana untuk membeli 4 kelengkapan ‘wajib ada’ ini bagi memudahkan urusan dan menambahkan keselesaan semasa mengembara.

#1 Alas mangkuk tandas

Benda paling wajib ada, sebab kebanyakan tanda diluar agar kotor, terutamanya di pelapik tanda yang biasanya akan dipenuhi kesan tapak kasut. Melainkan anda melancong ke  negara maju, dan negara yang rakyatnya mempunyai kesedaran sivik yang tinggi mungkin tak payah la kan?

Boleh didapati di Shopee dengan harga RM 1 sahaja. 1 paket mempunyai 10 helai alas mangkuk tandas.  Jangan terlampau berkira, beli 5 paket pun salah bukan sebagai backup?

#2 Botol Travel 4 in 1

Sangat ideal untuk mereka yang tak suka membawa banyak botol lagi-lagi yang berpengalaman botol bocor sampai terkena pakaian didalam beg . Satu yang bagus tentang botol ini, isi kandungannya yang kurang dari 100 ml memudahkan anda untuk menyimpannya didalam beg kabin sekiranya menaiki kapal terbang. Dalam erti kata lain, selamat di bawa ke dalam kapal terbang.

Antara cadangan cecair yang sesuai diisi menggunakan botol ini  :

– Losyen
– Minyak wangi
– Toner
– Peluntur mekap
– Krim siang
– Krim pelindung matahari dan macam-macam lagi selagi ianya cecair

#3 Beg kedap udara dengan Vacum

Satu lagi barang wajib ada kerana ia membantu menjimatkan ruangan dalam beg anda . Lagi-lagi bila pergi ke negara sejuk, mesti nak kena bawa jaket tebal kan? Nahh di sini kelebihan beg ini.

#4 Hanger jenis portable

Asal travel je mesti nakpak baju tersepuk bersepah-sepah kan? Kadang kadang kat kerusi kadang-kadang kat meja, paling teruk tu haa ! kat lantai . haha. Yelah sebab kebanyakan tempat penginapan paling banyak pun letak 3 hanger je. Nak bawak dari rumah ? memang tak lah. Besar kot! Haha

Jadi ini sahajalah solusi nya. Beli yang portable, bukan sahaja boleh digunapakai semasa travel, malah di rumah pun boleh  kan?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda! Ada lagi barang ‘wajib ada’ yang korang selalu bawak ? Kongsikan kepada kami! = )

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

6 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

12 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

12 hours ago