Kajian Buktikan Pemandu Kereta Mewah Ramai ‘Tak Boleh Pakai’

“Kereta je mahal tapi otak letak dekat lutut.”

“Mentang-mentang kereta mahal siap makan parking orang lagi. Kaya tapi bengap.”

Rasanya ramai yang familiar dengan ayat seumpama itu apabila berada di jalan raya.

Kekerapan bertemu dengan pemandu kereta mewah yang seolah-olah tiada kesedaran sivik ketika berada di atas jalan menyebabkan ada yang terfikir adakah semua ungkapan itu dilontarkan atas dasar cemburu.

Sebenarnya tidak. Kajian secara saintifik telah dijalankan dan ternyata hasilnya agak mengejutkan.

Kenapa?

Walaupun tidak sepopular kisah pemandu-pemandu Myvi yang digelar ‘king’ di Malaysia, satu kajian yang dilakukan oleh seorang Profesor Psikologi Sosial dari Universiti Helsinki, Jan-Erik Lönnqvist mendapati ramai pemilik kereta mewah di dunia secara amnya boleh dikategorikan sebagai individu yang ‘tak boleh dipakai’.

Foto : FB Brainless Driver Malaysia Edition

Kajian yang dilakukan menerusi Journal of International Psychology mendapati kebanyakan mereka yang mempunyai masalah seperti mementingkan diri, degil dan sebagainya banyak memiliki kereta-kereta merah terutamanya buatan Jerman.

“Dapatan kajian ini adalah jelas: mereka yang mementingkan diri sendiri, degil kepala, tidak disenangi orang ramai serta mereka yang sukar bertolak-ansur lebih cenderung memiliki kereta mewah seperti Audi, BMW atau Mercedes,” kata penyelidik tersebut dalam satu siaran akhbar.

Malah katanya, mereka juga selalu ingkar pada undang-udang jalan raya sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain.

Foto : FB Brainless Driver Malaysia Edition

“Pemandu jenis kenderaan sebegini paling cenderung untuk melanggar lampu merah, tidak memberi laluan kepada pejalan kaki dan pada umumnya memandu dengan laju dan melulu.

“Ini bukanlah kajian kali pertama malah dalam soal-selidik sebelumnya mendapati bahawa pemandu kereta mewah lebih cenderung mengabaikan peraturan lalu lintas dan memandu ‘secara tidak beretika’ namun tidak jelas mengapa ia berlaku: Adakah kekayaan mempengaruhi tingkah laku mereka?

Kajian Lönnqvist secara dasarnya turut membuktikan bahawa harta benda serta material dapat merosakkan minda seseorang dengan tingkah laku tidak beretika termasuklah ketika memandu.

Kajian Profesor ini turut mendapati ia adalah sifat ‘semula jadi’ apabila memandu kereta begini.

Namun begitu, masih ramai pemandu kenderaan mewah yang dilihat begitu patuh pada undang-undang dan sentiasa berhemah di atas jalan raya. Kerana sifat dan sikap manusia ditentukan oleh individu itu sendiri, bukan pada kenderaannya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago