Langkah Mudah Daftar dan Keluarkan Caruman i-Lestari Dari Akaun 2 KWSP Anda

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang media pada petang isnin telah mengumumkan skim i-Lestari, kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam membantu meringankan beban ditanggung rakyat ekoran penularan wabak Covid-19 bermula 1 April ini.

Secara ringkasnya permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dilakukan menerusi 3 cara iaitu :

  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); atau
  2. Secare e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my; atau
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari)

Memandangkan PKP sudahpun bermula dan ada kemungkinan untuk di lanjutkan tempohnya, pasti ramai merasakan agak sulit untuk melakukan pengeluaran caruman mereka.

Jadi kami sarankan anda untuk gunakan 2 cara teratas iaitu dengan melakukan permohonan secara online (e-pengeluaran) atau secara e-mel.

Secara E-mel

Untuk e-mel anda hanya perlu download, isi, scan dan hantar borang pengeluaran i-Lestari yang akan dikeluarkan oleh KWSP dalam masa terdekat ke emel ilestarimohon@epf.gov.my

Secara dalam talian (e-pengeluaran)

Jadi bagi yang memilih menggunakan e-pengeluaran melalui i-Akaun KWSP anda sila pastikan anda mempunyai i-akaun . Jadi buat pencarum KWSP yang belum mendaftar, anda digalakkan untuk membuat pendaftaran dengan segera.

Di bawah kami kongsikan langkah-langkah mudah dalam menbuat pengeluaran akaun 2 :

1. Cara Mendaftar & Mengaktifkan i-Akaun

*langkau langkah ini sekiranya anda sudah mempunyai i-Akaun

1. Pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk iAkaun anda.

2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada bahagian “Saya Ahli (i-Akaun)” dan tekan butang “Log Masuk”.

3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS.

4. Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju

5. Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan Kata Laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda. *Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.

6. Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

7. Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.

2) Cara membuat permohonan melalui e-Pengeluaran KWSP

a) Log Masuk

Log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my. (jangan tekan sebarang link, type sendiri www.kwsp.gov.my adalah lebih selamaat)

b) e-Pengesahan identiti

Pengesahan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia)

c) e-Permohonan

Isi dang lengkapkan butiran permohonan (bagi i-lestari akan dibuka pada 1 April) dan hantar pengesahan identiti dengan memasukkan Transaction Authorisation Code (TAC) yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang anda gunakan semasa mendaftar dengan KWSP

d) e-Pemprosesan dan Kelulusan

Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran. Bagi i-lestari kalau anda cukup syarat awal dan amaun mencukupi dalam akaun 2 pasti tak menjadi masalah.

Jadi part anda sudah selesai . Anda cuma menungu wang tersebut dikreditkan kepada akau bank anda.

Anda boleh infografik yang dikongsikan KWSP bagi membuat e-pengeluaran di bawah :

Bagi anda yang inginkan penjelasan lebih mendalam mengenai i-Lestari boleh la berkunjung ke laman mereka di pautan

Recent Posts

  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

43 mins ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

2 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

23 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago