Cerita Gelandangan Ke Jejak Kasih, Laporan Berita Temukan Keluarga Terpisah 24 Tahun

Siapa sangka musibah Covid-19 boleh menjadi bertukar menjadi satu nikmat buat satu keluarga dari Johor ini.

Mohd Aidi Asyraf dan keluarga yang sebelum ini terputus hubungan dengan abang kandungnya sejak 1996 tidak menyangka berjaya berjaya menemui abangnya itu menerusi satu laporan berita yang disiarkan di Buletin Utama.

Difahamkan pada 11 April lal, program berita tersebut ada melaporkan mengenai usaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL yang menyelamatkan para gelandangan di sekitar ibu kota dengan memberikan penempatan sementara buat mereka susulan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menerusi laporan itu mereka turut membincangkan mengenai masa hadapan para gelandangan ini sebaik sahaja tempoh PKP tamat.

Bagi memudahkan urusan kedua pihak, seorang dari mereka telah dilantik menjadi Tok Penghulu dan tanggungjawabnya adalah menjadi orang tengah dalam sebarang urusan selain membantu memantau keadaan sekitar penempatan.

Namun tiada siapa menyangka individu yang dimaksudkan sebenarnya merupakan abang kepada Aidi yang selama ini dicari namun gagal dihubungi.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Facebook, Nizam Arafat telah meninggalkan satu komen dengan memaklumkan bahawa seorang individu iaitu Mohd Aidi Asyraf sedang mencari abang kandungnya yang telah terpisah sejak tahun 1996.

Ternampak abang kandung beliau

‘Kisah benar penyatuan adik beradik terpisah’

Menerusi Twitter pula, seorang pengguna, Faizal Hassan berkongsi kepada orang ramai mengenai kesinabungan dari kisah tersebut hasil maklumat dari seorang rakan wartawan di TV 3

Menerusi entri yang sama, Faizal turut berkongsi screenshot perbualan diantara Aidi dan seorang wakil dari TV3

Selepas Buletin Utama TV3 menyiarkan berita mengenai gelandangan yang kini tinggal di penempatan sementara. Tambah Faizal Hassan lagi, dia tidak menyangka kandungan berita itu akhirnya telah menyatukan semula adik-beradik yang terpisah selama 24 tahun.

Merantau ke KL

Bakal pulang selepas tamat PKP

Semoga penemuan ini dapat mengembirakan hati ibu mereka yang sekian lama mencari abangnya yang hilang sebelum ini. Difahamkan abangnya akan pulang ke rumah selepas tamat tempoh PKP.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

16 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago