“Lagi Meriah Dari Hari Jadi Aku” – Foto Sambutan Hari Lahir Kucing Raih Perhatian Netizen

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto yang menyaksikan sambutan hari lahir seekor kucing yang begitu menarik perhatian netizen

Ianya difahamkan dimuat naik oleh pemilik kucing tersebut Amirul Haziq Affandi di laman Twitter miliknya sebelum ia mula tular sehingga menarik minat ramai pengguna Twitter terutamanya penggemar kucing.

Ramai yang menyifatkan sambutan tersebut begitu meriah apatah lagi ianya turut disertakan dengan kek , lilin malah kucing tersebut yang dikenali dengan nama Roy turut disarungkan topi sambutan hari lahir.

Jelas Amirul, sambutan hari lahir kucing tersebut yang diberi nama Roy di adakan oleh ahli keluarganya di rumah mereka di Subang Jaya, Selangor pada Ahad lalu.

Namun Amirul tidak menyertainya kerana dia tidak dapat pulang kerumah susulan pelaksanaan PKPB di Lembah Klang.

“Abang saya yang sambut hari jadi Roy. Saya tidak dapat balik rumah sebab PKPB. Majlis itu berlangsung pada Ahad. Kebetulan selasa merupakan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-20.

“Kalau saya boleh balik, kami dah plan nak sambut bersama birthday saya dengan Roy. Tapi saya masih ada di Melaka sekarang,” katanya yang kini sedang mengikuti pengajian bidang Kejururawatan di Melaka.

“Sebenarnya sebelum ini pernah tengok kucing pakai baju raya. Rasa cute, sebab tu kami terfikir untuk sambut birthday Roy. Tapi kek yang dibeli tu bukan kek untuk kucing, tapi untuk manusia,” katanya lagi.

Haziq juga menjelaskan bahawa si Roy merupakan kucing berwarna hitam yang dibela oleh keluarganya sejak setahun yang lalu dan sudah menganggap ianya seperti ahli keluarga sendiri.

Malahan, dia mengatakan sering merindui Si Roy tiap kali terpaksa pulang ke kolej yang terletak di Melaka.

“Roy ni kucing yang senyap kat depan kita, tapi dibelakang… dia kucing yang bising. Pernah sekali dia hilang tak balik tiga hari.

“Kami siap post notis di Facebook. Kami risau, sebab biasanya kalau dia keluar petang, malam pastinya akan balik. Hari tu kami tunggu sampai tiga hari.

“Itu antara perkara yang merisaukan, juga saya rasa benda kelakar yang saya ingat mengenai Roy sampai hari ini,” ujarnya mengenai Roy, Si Kucing Hitam.

Menerusi perkongsian Haziq di Twitter, postingan mengenai Si Roy itu berjaya meraih sebanyak 12,800 retweet dan

Dalam pada itu, rata-rata ramai pengguna Twitter mengucapkan selamat hari jadi kepada Roy dan turut berkongsikan foto kucing masing-masing seperti yang dilihat di ruangan komen berkenaan.

Perkongsian yang dimuat naik di Twitter mengenai Roy itu berjaya meraih lebih 12,100 retweet dan 24,600 tanda suka di akaun Twitter milik Haziq.

Haziq sempat memberitahu keluarga ini belum mempunyai perancangan untuk menambah bilangan kucing selain Si Roy ketika ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

20 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

27 mins ago
  • Trending

Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan JPJ, Ini Respon Dari BJAK

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit…

58 mins ago
  • Trending

“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

Topik bertajuk "The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang…

2 hours ago
  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

4 hours ago