Padah Pandu Melulu & Tumbuk Anggota Bomba, Lelaki Dipenjara 6 Bulan & Denda RM6,000

Jika anda ingat disekitar minggu lalu tular satu video seorang lelaki yang bertindak agresif dengan menumbuk anggota bomba di Kajang.

Lelaki berkenaan seorang pengurus acara sambilan yang disahkan positif dadah difahamkan bertukar berang dan menjadi agresif selepas dihalang oleh seorang anggota bomba dari menghampiri kenderaannya yang sedang terbakar susulan terlibat kemalangan dengan beberapa buah kenderaan.

Ekoran dari itu beberapa orang anggota bomba dengan bantuan orang awam terpaksa menahan lelaki berkenaan sebelum menyerahkannya kepada polis

Baca artikel berkaitan : Dah Tolong Padamkan Api Tumbuk Pula Bomba

Terbaru, lelaki tersebut yang dihadapkan ke Mahkamah Majistet Kajang atas dua tuduhan telah membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli.

Untuk tuduhan pertama, tertuduh Kan Hong Kit, 33, mengaku bersalah dengan sengaja melakukan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, Alfred Rudy Anak Tungku, 26, daripada kewajipannya sebagai anggota bomba.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di tepi jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9, Cheras, Hulu Langat pada 15 Oktober lalu , di jam sekitar jam 10 pagi mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menerusi laporan Harian Metro, mengikut fakta kes, sewaktu pihak bomba sedang memadamkan sebuah kereta yang terbakar, tertuduh yang mengaku merupakan pemilik kereta tersebut telah meluru menghampiri tempat kejadian.

Seonga pegawai bomba yang sedang bertugas kemudian memintanya bertenang dan memberikan kerjasama kepada pihak bomba.

Tertuduh bagaimanapun tiba-tiba bertukar agresif sebelum menghampiri Alfred yang turut berada di tempat kejadian dan menumbuk lengan belah kirinya

Susulan itu Majistret Muhammad Noor Firdaus menjatuhkan hukuman penjara satu bulan penjara bermula hari ini terhadap tertuduh.

Bagi pertuduhan kedua di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain, tertuduh juga mengaku bersalah kerana memandu secara melulu.

Dia kemudiannya dihukum penjara lima bulan dan denda RM6,000 serta digantung lesen memandu selamaa dua tahun di atas kesalahan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kereta Proton Persona secara melulu dengan kelajuan dan merbahaya kepada orang awam di lokasi sama sekitar 10.26 pagi, 15 Oktober lalu.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

20 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago