Raih RM 119 Juta Setahun, Ryan Kaji Sekali Lagi Menjadi YouTuber Dengan Pendapatan Tertinggi Di Dunia 2020

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, nama Ryan Kaji atau nama popularnya Ryan bukanlah satu nama yang asing lagi buat mereka

Youtuber cilik berasal dari Texas, Amerika Syarikat ini begitu terkenal di kalangan anak kecil di seluruh pelosok dunia menerusi saluran YouTubenya iaitu Ryan’s World atau lebih dikenali dengan nama Ryan Toys Review suatu ketika dahulu.

3 tahun berturut-turut pegang takhta Youtube!

Pernah dinobatkan sebagai Youtuber dengan pendapatan tertinggi pada tahun lalu dan sebelumnya, Ryan yang baru 5 tahun berkecimpung dalam dunia Youtube nampaknya sekali lagi berjaya mengecapi kejayaannya untuk tahun ini menjadikannya sebagai Youtuber dengan pendapatan tertinggi untuk tiga tahun berturut-turut.

Menerusi laporan The Guardian, Ryan meraih pendapatan US$ 29.5 Juta atau bersamaan RM 119 Juta dari jumlah tontonan videonya di Youtube bagi tahun 2020.

Tewaskan Mr Beast & Dude Perfecta

Kejayaan ini sekaligus menjadikan Ryan dan keluarganya kekal sebagai Youtuber terhebat tanpa ditewaskan mana-mana Youtuber temasuklah Jimmy Donaldson yang lebih dikenali dengan nama Mr Beast yang berjaya meraih US$ 24 Juta dan 5 Sekawan, Dude Perfect di tempat ketiga dengan pendapatan $23 Juta.

Diantara semua video yang dikongsikannya video yang paling banyak tontonan pula adalah video unboxing telur gergarsi yang bertajuk “Huge Eggs Surprise Toys Challenge with Inflatable Water Slide” yang sudah meraih 2 Bilion tontonan.

Namun pendapatan keluarga ini bukan dari satu sumber sahaja. Selain menerima bayararan dari Youtube , Influencer kanak-kanak ini juga berjaya meraih hampir RM812 Juta (US $ 200 Juta) dari penjualan merchandise mainan dan pakaian yang menggunakan namanya yang boleh didapati di pelbagai platform seperti Walmart, and Target, dan Amazon.

Pengaruhnya juga diakui stesen TV dia mana dia sudahpun dilamar rancangan kanak-kanak Nickelodeon pada tahun lalu dan kini sudah mempunyai mempunyai program TV tersendiri iaitu Ryan’s Mystery Playdate bersama ayah dan ibunya, Shion Kaji dan Loann.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

38 mins ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

2 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

18 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

19 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

19 hours ago