9 Bulan Terpisah, Video Aliff Aziz Pulang Ke Pangkuan Anak & Isteri Undang Sebak Ramai

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Tiada yang lebih menggembirakan apabila dapat bertemu kembali keluarga anda selepas terpisah untuk satu tempoh yang lama bukan?

Sama seperti penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, yang terpisah jauh dari isterinya, pelakon Bella Astillah dan dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna selama 9 bulan ekoran penutupan sempadan negara dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Malah disebabkan itu juga Aliff yang berada di Singapura terlepas untuk menemani Bella yang terpaksa memasuki dewan bersalin secara sendirian untuk melahirkan anak kedua mereka pada Julai yang lalu.

Menerusi Instagram, Bella telah berkongsi satu klip video yang memperlihatkan momen indah keluarga kecil mereka kembali bertemu.

Alhamdulillah kembali bersatu

Menerusi video tersebut jelas Ayden antara orang yang paling gembira kerana dapat bertemu kembali bersama ayahnnya. Malah Bella dan Aliff juga dilihat mengunjungi pusat membeli belah untuk mendapatkan mainan untuk kedua anaknya itu.

Perkara sama turut dikongsikan Aliff Aziz di laman Instagramnya.

Momen yang tak dapat digambarkan

Memuat naik video sama Aliff menjelaskan pertemuan tersebut adalah momen yang paling ditunggu-tunggu olehnya dan merupakan satu momen yang tidak dapat digambarkan

“Pertemuan yang begitu dinanti-nantikan bersama keluarga. Moment yang tidak dapat digambarkan” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat dilihat tumpang gembira dengan penyatuan kembali keluarga mereka. Ramai yang turut mendoakan kebahagian pasangan ini yang sebelum ini pernah teruk dilanda badai.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

11 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago