Panik Dikejar Angsa, Makcik Ini Tunjuk Skill Bela Diri [Video]

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Korang ada tak pengalaman dikejar angsa? Mereka yang menetap atau mempunyai kampung serta yang hidup dan membesar di kawasan bandar pada era 80an dan sebelumnya pasti pernah merasa bukan?

Angsa sememangnya cukup terkenal dengan sifatnya yang sangat nakal dan suka mengejar orang secara tiba-tiba.

Kredit : Pinterest

Malah ia juga tidak mengira mangsa samaada mereka berada pada jarak dekat mahupun yang jauh terutamanya orang asing atau orang yang baru dikenali.

Satu yang pasti angsa memang mempunyai ingatan yang kuat, sekali anda dikejar dan digigit dengan paruhnya, berkali-kalilah peristiwa tersebut bakal berulang.

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita ini selepas dia dikejar seekor angsa yang secara tiba-tiba melurunya kepadanya sedangkan jarak diantara kedua mereka agak jauh pada waktu itu.

Namun wanita berkenaan yang begitu panik bagaimanapun bertindak pantas dengan mencekak leher angsa tersebut sewaktu haiwan berkenaan cuba mengigitnya.

Keadaan menjadi lebih lucu apabila wanita tersebut berterusan menjerit meminta bantuan dari suaminya yang hanya memerhatikan dari jauh, sedangkan wanita berkenaan ketika itu masih lagi tidak melepaskan leher angsa berkenaan dipercayai khuatir terus diserang.

Malah, si perakam dilihat tak henti-henti ketawa sambil memegang telefon bimbitnya untuk merakam gelagat wanita berkenaan yang dipercayai adalah ibunya.

Rata-rata ramai yang terhibur melihat gelagat makcik tersebut yang ketakutan selepas dikejar oleh haiwan berkenaan, bahkan ada juga yang memuji tindakan makcik tersebut dari digigit.

Kredit : FB Quennadiyana

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago