“Ada tak kena dalam budaya masyarakat kita” -Selebriti Dedah Ada Rakan Yang Jadi Sugar Baby

Negara kita baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan sebuah laman temujanji yang mendakwa terdapat puluhan ribu sugar baby dari kalangan pelajar universiti tempatan.

Meskipun kedengar janggal, namun semua ini memang diakui wujud dengan rata-rata mereka menggunakan alasan atas desakan hidupan, terabai serta ditinggalkan keluarga dan tidak kurang juga demi mengamalkan gaya hidup yang mewah.

Tidak menafikan realiti yang sedang berlaku di kelilingnya, penyanyi dan rapper, Bunga Isme menerusi satu laporan Kosmo telah berkongi pengalamannya berkawan dengan mereka yang sudah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu seawal usia 17 tahun.

Sekali pegang alat sulit boleh dapat RM 500

“Saya pernah rapat dengan seorang kawan perempuan. Dia pernah beritahu saya, ketika ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkenalan dengan seorang ‘sugar daddy’ yang menjanjikan bermacam perkara kepadanya.

“Dia pernah beritahu saya, sekali seluk atau pegang bahagian alat sulit, dia boleh dapat wang mudah bermula RM500. Bayangkan kalau dia buat perkara-perkara lain yang lebih ‘daring’.

Menurut Bunga, rakannya mendakwa dia melakukan semua itu disebabkan kesempitan hidup

“Dia juga pernah beritahu saya, dia buat semua itu disebabkan kesempitan hidup nak bayar yuran persekolahan dan tuisyen,

Ini buktikan ada yang tidak kena dalam tangga sosial masyarakat

 Saya tidak berada dalam kedudukan untuk menghakimi apa yang dia buat namun ini membuktikan, ada sesuatu yang tidak kena dalam tangga sosial dan budaya masyarakat kita,” kata Bunga kepada portal Kosmo.

Perkara sama turut dikongsikan penyanyi Farisha Iris yang mengakui ada di kalangan rakannya yang turut terlibat didalam kegiatan berkenaan sewaktu masih menuntut di IPT.

Walaupun tidak menayangkan kemewahan dihadapan orang ramai, namun rata-rata dapat meneka kegiataannya memandangkan individu berkenaan mampu tinggal di rumah sewa sedangkan pelajar lain hanya tinggal di asrama.

“Sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu, carilah cara lain yang lebih baik untuk menjana pendapatan” – Farisha Iris

“Ada dalam kalangan rakan yang jadi ‘sugar baby’ sebab memerlukan duit. Dia tidaklah terlalu pamerkan kemewahan tetapi orang tahu dia melakukan kegiatan terkutuk sebegitu sebab mampu tinggal di rumah sewa berbanding pelajar lain yang menetap di kolej.

“Tetapi sejujurnya perkara ini tidak sepatutnya dilakukan. Sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu, carilah cara lain yang lebih baik untuk menjana pendapatan,” katanya.

Terdahulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah pun mengambil tindakan dengan menyekat akses ke laman temu janji Sugarbook, namun ada yang mendakwa mereka telah bertindak bijak dengan menuka nama domain mereka bagi mengelakkan sekatan.

Recent Posts

  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

13 seconds ago
  • News
  • Trending

‘Bukannya RM1,500’- UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,102 Sebulan

Kadar itu ditetapkan setelah mengambil kira faktor seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis…

12 mins ago
  • Trending

“He’s Just A Small Boy With A Big Dream” – Video ‘Tribute’ Faisal Halim Dari Selangor FC Buat Ramai Sebak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @SelangorFC, terdapat beberapa video kompilasi Faisal ketika…

2 hours ago
  • Trending

Ramai Puji Tindakan 4 Pemuda Sanggup Berbasahan Dalam Hujan Demi Majlis Ilmu [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa…

2 hours ago
  • Trending

Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]

Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.

2 hours ago
  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

5 hours ago