Nafi Terbabit Dengan Kasut Satan Shoes Yang Guna Darah Manusia, Nike Saman MSCHF

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak beberapa hari lalu, penggemar dunia fesyen hangat memperkatakan mengenai kontroversi ‘kasut custom’ yang dihasilkan butik jenama MSCHF bersama rapper terkenal Lil Nas X, yang digelar Satan Shoes.

Apa itu Satan Shoes?

Menggunakan kasut Air Max 97 sebagai inspirasi, MSCHF telah menghasilkan kasut Satan Shoes yang berkonsep dan bertemakan ‘syaitan;

Bagi menambahkan lagi mood ‘seram’ dan ‘dark’ pada kasut tersebut, MSCHF difahamkan turut menggunakan campuran cat dan titisan darah manusia pada bahagian tengah kasut tersebut.

Selain menurut laporan BBC, kasut tersebut turut dihiasi beberapa design dan simbol bagi menggambarkan syaitan yang turun dari langit.

Difahamkan kasut berkenaan yang hanya dihasilkan sebanyak 666 pasang direka khas sempena pelancaran lagu Lil NAs X, Montero (Call Me By Your Name) yang baru dikeluarkan jumaat lalu berjaya dijual habis hanya dalam beberapa minit selepas ianya dilancarkan.

Namun, pelancaran kasut tersebut akhirnya memakan diri apabila Nike memfailkan tuntutan saman terhadap MSCHF kerana melanggar tanda dagang Nike.

Menurut jurucakap Nike, pihak mereka tidak pernah memberikan sebarang kebenaran kepada pihak MSCHF menghasilkan kasut Satan Shoes tersebut.

Ini kerana menurut mereka penghasilan kasut custom yang menyerupai kasut mereka mungkin memberi persepsi kepada orang ramai yang ianya adalah produk dari mereka.

Justeru bagi mengelakkan kekeliruan serta menjaga jenama dan harta intelektualnya, Nike memilih memfailkkan saman tersebut.

Mereka juga dalam masa sama turut menggesa orang ramai agar memboikot semua stor kasut MSCHF yang berada di sana.

Sebagai rekod MSCHF sebelum ini sudah berdepan beberapa kontroversi kasut sebegini antaranya penghasilan kasut ‘Holy’ yang bertemakan ketuhanan yang dilancarkan mereka pada tahun 2019.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

18 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago