Tips Memilih Warna Baju Yang Bersesuaian Dengan Tona Kulit

Umum mengetahui masyarakat di Malaysia ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Oleh itu, tidak hairanlah jika di antara kita ini mempunyai warna kulit yang berbeza.

Warna kulit yang berbeza kadang-kadang membuatkan seseorang itu pening untuk memilih warna apa yang sesuai untuk digayakan.

Kerana pemilihan warna yang tidak tepat akan membuatkan anda kelihatan lebih berisi, kusam dan tidak berseri, manakala pemilihan yang tepat akan membuatkan anda kelihatan lebih bergaya serta terserlah kejelitaan yang dimiliki.

Kini anda tidak perlu risau, kami di sini sedia membantu anda dengan memberi beberapa tips warna yang boleh dipilih bersesuaian dengan warna kulit anda.

#1 Kulit Gelap

Foto: Freepik

Kebanyakkan yang berkulit gelap selalu mempunyai keyakinan diri yang rendah. Oleh itu, mereka yang mempunyai kulit gelap ini akan sentiasa memilih warna-warna yang selamat seperti warna hitam.

Ini kerana mereka takut sekiranya menggunakan warna lain ini akan membuatkan mereka kelihatan tidak menarik.

Sebenarnya tanggapan itu adalah salah sama sekali, pemilihan warna yang tepat akan membuatkan mereka yang berkulit gelap ini kelihatan lebih seksi dan vibrant dalam masa yang sama.

Oleh itu, warna yang boleh dikenakan oleh mereka berkulit gelap adalah warna yang lebih kepada warna tanah, warna lembut serta warna yang premier sebagai contoh warna biru, coklat, putih, merah jambu yang lembut serta banyak lagi.

Namun, anda juga perlu elakkan diri daripada memakai warna yang terlalu kontra dengan warna kulit anda seperti kuning lembut, hijau daun, dan limitkan diri anda dari asyik sering tampil dengan warna yang gelap.

#2 Kulit Sawo Matang

Foto: Freepik

Adakah anda mempunyai kulit sawo matang? Jika ya anda disarankan untuk memilih warna pakaian seperti ungu, kelabu, serta warna yang lembut.

Cuba elakkan daripada memakai warna yang lebih kepada kemerah-merahan atau coklat yang gelap. Kerana ia tidak menonjolkan diri anda serta membuatkan kulit kelihatan kusam.

#3 Kulit putih

Foto: Freepik

Bagi mereka yang mempunyai kulit putih pasti tidak mempunyai masalah untuk memilih warna, namun pemilihan kepada warna yang lembut akan memberikan impak keayuan buat si pemakai.

Manakala warna yang garang atau sedikit gelap pula akan membuatkan anda kelihatan lebih berani.

#4 Kulit kuning langsat

Foto: Pexel

Jika anda mempunyai kulit kuning langsat, anda disarankan untuk memilih warna yang lebih kepada tropis sebagai contoh warna hijau, merah, jingga dan kuning. Ini kerana pemilihan warna ini membuatkan anda lebih kelihatan menarik dan lebih bergaya.

Namun, tidak semestinya anda tidak boleh menggunakan warna yang lain. Anda boleh menggunakan warna yang lembut dan juga gelap. Tetapi jika anda seorang yang mencarikan kelainan dan ingin kelihatan lebih stunning anda boleh cuba untuk menggunakan warna yang dicadangkan.

Jadi bagaimana? Daripada nombor satu sehingga nombor empat anda kategori kulit yang mana?

Apa-apa pun anda tak perlu risau, dan perlu sentiasa yakin dengan warna apa yang anda gayakan. Keyakinan adalah sangat penting dalam menonjolkan kejelitaan anda tidak kiralah warna apa pun yang menjadi pilihan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago