Kes jenayah melibatkan penipuan dalam talian bukan satu lagi perkara baharu di negara kita. Malah boleh dikatakan ia semakin berleluasa dan meningkat hingga menimbulkan kegusaran banyak pihak.
Menurut data Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes penipuan meningkat daripada 17,000 pada 2020 kepada lebih 20,000 pada 2021.
Bahkan dari Januari hingga Julai 2022 sahaja, sebanyak 12,092 kes telah dilaporkan dengan kerugian mencecah RM414.8 juta. Mangsa bukan sahaja terdiri daripada individu, bahkan ada syarikat dan persatuan turut ‘kecundang’ di tangan mereka.
Baca artikel berkaitan:
Wang RM100k Milik Persatuan OKU Lesap Ditipu Scammer Jual Beli Kereta
Wanita Terperdaya Sindiket Tawaran Kerja, Alami Kerugian RM55,250
Sehubungan itu penting untuk kita semua mengambil langkah berjaga-jaga, sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak terperdaya hingga menjadi mangsa scammer di luar sana.
Di bawah kami kongsikan lima tips agar anda kekal selamat daripada penipuan pemesejan (melalui SMS, platform pemesejan atau media sosial) selain melindungi rakan serta ahli keluarga.
Scammer sentiasa menimbulkan rasa tergesa-gesa palsu dan memperdaya segelintir individu yang tidak curiga supaya menyerahkan maklumat sensitif.
Mereka juga sering menggunakan indentiti palsu (berpura-pura menjadi salah seseorang pekerja syarikat atau organisasi yang anda percayai) dan sering menghantar pautan pancingan data palsu.
Apabila anda menerima teks atau permintaan yang mencurigakan, jangan bertindak secara melulu. Berhenti dahulu sebelum membuat apa-apa respon. Sebaiknya fikir dahulu jika apa yang diminta agar luar biasa selain elak dari menekan pautan yang mencurigakan.
Anda ada menerima mesej yang minta maklumat luar dari kebiasaan atau dengan permintaan ganjil? Hubungi organisasi atau individu terlibat secara terus bagi mendapatkan penjelasan. Dalam tempoh itu, elakkan daripada menghantar sebarang wang atau berkongsi apa sahaja jenis maklumat peribadi.
Jika pengirim tiada dalam senarai kenalan anda, anda masih mempunyai pilihan untuk klik ‘block and report’ dengan segera untuk memutuskan kitaran penipuan.
Melaporkan mesej yang mencurigakan alah langkah penting dalam memerangi penipuan dengan berkesan. Sebagai contoh, WhatsApp dilengkapi ciri mudah untuk melaporkan akaun yang mencurigakan.
WhatsApp menawarkan ciri ‘end-to-end-encrypted’, atau penyulitan salinan dari hujung ke hujung atau pengguna ke pengguna di mana bermaksud tiada pihak termasuklah pihak WhatsApp dibolehkan untuk membaca mesej anda.
Kecuali jika anda membuat laporan tentang contact (kenalan) yang WhatsApp menerima lima mesej dari akaun yang dilaporkan.
Mengaktifkan langkah keselamatan tambahan ialah satu lagi cara terbaik untuk memastikan akaun anda selamat.
Ini termasuk langkah seperti mengaktifkan pengesahan dua langkah (Two-Step Verification) pada aplikasi perbualan seperti WhatsApp. Pengesahan dua langkah melindungi akaun anda daripada serangan pancingan data dan percubaan pengambilalihan oleh scammer.
Dengan lambakan kes penipuan yang wujud sehingga hari ini, tidak mustahil ada di kalangan kenalan anda yang mungkin sudah menjadi mangsa kes penipuan yang sama.
Kaedah yang berkesan untuk menghapuskan penipuan adalah dengan mendapatkan bantuan daripada komuniti dan jangan malu untuk bertanya kepada keluarga, rakan atau kumpulan sosial anda.
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…
Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…