Daikin Malaysia Lancar Kempen ‘Daikin Streamer 3C On Wheels’, Mahu Tingkatkan Kesedaran Pentingnya Udara Bersih

Syarikat penyaman udara terkemuka dunia, Daikin Malaysia, telah melancarkan kempen “DAIKIN STREAMER 3C” iaitu kempen di dalam trak bergerak untuk memperkenalkan Penyelesaian Kualiti Udara Dalaman mereka yang menggunakan Teknologi Streamer.

Menggunakan konsep bilik pameran, Trak Bergerak Streamer Daikin yang dilengkapi
produk teknologi Streamer itu membolehkan pelanggan mempelajari tentang kepentingan kualiti udara dalaman (indoor).

Selain itu ia juga dapat menerangkan bagaimana teknologi Streamer terkini mampu meningkatkan kualiti udara dan mengurangkan pendedahan kepada bahan pencemar dan kuman.

Trak Bergerak Daikin Streamer akan jelajah Semananjung hingga Mei 2020

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Servis Daikin Malaysia Sdn Bhd, pandemik telah meningkatkan kesedaran tentang keperluan udara bersih. memandangkan masyarakat banyak menghabiskan lebih banyak masa di rumah. Ini sekaligus meningkatkan permintaan untuk penyelesaian kualiti udara dalaman.

“Dengan ini, kami berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak kesedaran tentang kepentingan kualiti udara dalaman dan mempromosikan penyelesaian kami, Teknologi Streamer unik Daikin kepada pengguna. Trak Bergerak Daikin Streamer akan mengembara ke Semenanjung Malaysia mulai hari ini hingga awal Mei 2023 untuk mudah diakses oleh semua orang, di mana-mana sahaja.”

Pengurus Besar (Pemasaran dan Servis) Daikin Malaysia Sales and Service, Chan Hon Leong.

Lengkap dengan 3C agar dapat menguraikan 99.99% bahan berbahaya

Teknologi Daikin Streamer dilengkapi dengan 3C (Clash, Cycle dan Clean) untuk menguraikan 99.9% bakteria, virus, alergen dan bahan berbahaya yang lain dengan berkesan. Teknologi ini telah diuji dan terbukti sangat berkesan dalam membersihkan udara dalaman.

Produk barisan Daikin Streamer seperti penapis udara Streamer, penyaman udara Smarto Inverter Wall Mounted dan penyaman udara REVO Max Inverter Surround Cassette akan dipaparkan untuk membawa manfaat “Udara Bersih, Keluarga Sihat” daripada Daikin.

Pelanggan dialu-alukan untuk melawat Trak Bergerak Daikin Streamer dan menyertai permainan ‘Battle with Virus’ dengan hadiah-hadiah menarik.

Siapa tahu anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan beberapa hadiah edisi terhad dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan syarikat tersebut.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

3 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

5 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

6 hours ago