Sempena Ramadan & Raya, KFC Tawar Menu Dengan Rasa Eksotik Dari Timur Tengah

Bersempena dengan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KFC ingin menambah keseronokan berbuka puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan hidangan sedap menjilat jari ala Arab.

Buat peminat KFC, siap sedia untuk menikmati KFC Arabian Spice Crunch BAHARU, menu ciptaan terbaharu yang menggunakan rempah ratus Arab yang pasti menyengat.

Ia akan membawa deria rasa anda ke pengembaraan eksotik Timur Tengah di mana gabungan aneka rempah ratus Arab yang beraroma harum seperti paprika manis, minyak zaitun, buah pelaga, dan banyak lagi menyaluti sempurna ayam goreng Hot & Spicy signature KFC.

Anda juga bakal menikmati cetusan rasa tajam namun beraromatik yang pedas, manis, dan salai (smoky) yang pastinya memuaskan selera anda dengan setiap gigitan rangup.

“Kami percaya juadah makanan tidak sepatutnya membosankan dan kami sentiasa berinovasi untuk membawakan rasa baharu yang lazat, lebih-lebih lagi untuk menceriakan sambutan Ramadan dan Raya anda. Dengan ciptaan terbaharu Arabian Spice Crunch, kami berharap ianya membawakan kegembiraan kepada anda dan mereka yang tersayang dalam menyambut hari-hari istimewa ini bersama.”

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) KFC Malaysia, Chan May Ling,

Bermula dengan harga RM17.49, KFC Arabian Spice Crunch sudah boleh didapati untuk waktu terhad di restoran KFC seluruh negara sejak 16 Mac yang lalu.

Anda boleh menikmati hidangan ini melalui 3 pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal.

Selain itu, KFC Bucket Kongsi dengan Nuget Pedas baharu juga boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul. Bucket ini pasti memeriahkan suasana himpunan Ramadan & Raya anda.

Sempena Ramadan, hidangan sahur seawal 4 pagi bermula 23 Mac

Demi memudahkan orang ramai, bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023, hidangan sahur boleh didapati seawal 4 pagi di restoran KFC terpilih seluruh negara di mana anda boleh mendapatkan hidangan sarapan penarik selera seperti:

  • Nasi Lemak KFC
  • Bubur Zinger
  • KFC Hot Teh Tarik

Dapatkan KFC Arabian Spice Crunch, Bucket Kongsi, dan Sarapan KFC di restoran KFC seluruh negara sama makan di restoran, pandu lalu, Penghantaran & Self Collect.

Hidangan sahur pula boleh didapati melalui khidmat makan di restoran dan pandu lalu di restoran KFC Breakfast (24-jam) seluruh negara ketika bulan Ramadan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman KFC di sini atau muat turun aplikasi KFC.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

14 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

16 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

17 hours ago