BetterPlace Peroleh TROOPERS, Bakal Lebar Sayap & Perkukuh Platform Teknologinya Di Asia Tenggara

BetterPlace, platform SaaS pengurusan tenaga kerja barisan hadapan terbesar Asia, semalam (19 April) mengumumkan pemerolehan TROOPERS, pengusaha teknologi penyelesaian bakat fleksibel yang terkemuka di Malaysia.

Pemerolehan TROOPERS oleh BetterPlace yang berpangkalan di India akan menggiatkan kehadirannya di rantau ini dan mewujudkan tapak yang lebih kukuh di Asia Tenggara.

Ia juga merupakan langkah besar yang kedua oleh BetterPlace pada tahun 2023, susulan pemerolehan kepentingan majoritinya terhadap MyRobin di Indonesia awal tahun ini.

Pemerolehan ini akan mengintegrasikan ciri-ciri pemadanan gig dan penjadualan automatik TROOPERS ke dalam platform SaaS BetterPlace yang komprehensif.

TROOPERS merupakan platform yang tawar pekerja barisan hadapan secara atas permintaan

TROOPERS, ditubuhkan pada tahun 2017, ialah platform penyelesaian bakat-fleksibel yang menawarkan pekerja barisan hadapan secara atas permintaan, disaring terlebih dahulu dan separuh masa untuk perusahaan, membolehkan mereka meningkatkan tenaga kerja gig mereka berdasarkan kepada permintaan operasi.

Dengan algoritma pembelajaran mesin mencapai kadar pemadanan 95%, TROOPERS telahpun membantu lebih 50,000 pekerja gig di Malaysia mencari pekerjaan sejak penubuhannya.

Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BetterPlace Pravin Agarwala, Asia Tenggara dijangka menyaksikan pertumbuhan yang signifikan dari segi permintaan terhadap pekerja gig dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan ekonomi gig berkembang sebanyak 31% sejak tahun 2017.

Ini jauh mendahului pertumbuhan dalam tenaga kerja konvensional.

Di Malaysia sahaja, 84% daripada pengurus yang mengambil pekerja lebih cenderung mengupah pekerja gig. Kami berbesar hati untuk menawarkan penyelesaian SaaS yang teguh bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat. Platform SaaS kami yang komprehensif dan algoritma berasaskan kecerdasan buatan (AI), digabungkan dengan penyelesaian bakat-fleksibel TROOPERS yang inovatif, membolehkan perusahaan menangani cabaran dengan berkesan seperti kadar susutan yang tinggi, kos buruh dan pengurusan yang semakin meningkat dan kekurangan tenaga kerja mahir.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BetterPlace Pravin Agarwala

Tambah beliau lagi, pekerja barisan hadapan dapat mengoptimumkan potensi pendapatan mereka melalui algoritma pemadanan gig proprietari daripada TROOPERS.

Pravin Agarwala, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, BetterPlace (L) dan Joshua Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, TROOPERS (R)

Dalam pada itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TROOPERS Joshua Tan berkata, majoriti ekosistem tenaga kerja di Asia Tenggara adalah tidak formal, menjadikannya sukar untuk pekerja mencari pekerjaan tambahan atau meningkatkan potensi pendapatan mereka. 

“Di samping itu, pekerja tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk dipadankan dengan keperluan perusahaan yang semakin meningkat. Membangun berdasarkan prinsip-prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keabsahan, kami memulakan TROOPERS bagi menangani kekurangan bakat & produktiviti tenaga kerja untuk perusahaan sekali gus mencipta mata pencarian yang lebih baik untuk pekerja di Malaysia.”

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TROOPERS Joshua Tan

Pihaknya juga teruja untuk memanfaatkan kehebatan teknologi dan pengetahuan industri BetterPlace bagi meningkatkan penawaran kami, yang berpotensi mengubah landskap kerja barisan hadapan di Asia Tenggara.

Masa depan Gig dan WaaS

Gig dan WaaS mewakili masa depan kerja, menangani keragaman yang tinggi dari segi corak permintaan yang sering dialami oleh perusahaan. Syarikat-syarikat semakin berusaha untuk merapatkan jurang kemahiran melalui bekalan yang ‘tepat pada masanya’ atau mencukupi dan dalam masa yang sama membolehkan pekerja memaksimumkan potensi pendapatan mereka dengan menghubungkan mereka kepada gig yang sesuai.

Walau bagaimanapun, perusahaan terus menghadapi cabaran untuk mencari bakat-fleksibel yang tepat, mengurus penjadualan dan mengatasi isu kemahiran, yang akhirnya memberi impak ke atas produktiviti dan kecekapan operasi mereka.

BetterPlace terus membangunkan penyelesaian berpandukan teknologi termaju, yang membolehkan perusahaan bersedia mendepani masa depan.

Platform perusahaan berkuasa AI syarikat ini menyediakan keupayaan pemadanan yang mantap untuk syarikat-syarikat yang mencari calon mahir untuk jawatan gig dan sepenuh masa.

Selain daripada penyelesaian pengambilan pekerja dan perisian pengesanan pemohon (ATS), syarikat ini turut menawarkan keupayaan suai tugas, penjadualan dan peningkatan kemahiran digital jarak jauh untuk perusahaan.

Pekerja pula mendapat akses kepada peluang pendapatan yang lebih tinggi, seterusnya meningkatkan Pendapatan Sejam mereka.

Pemerolehan TROOPERS menyusuli pengembangan BetterPlace yang terkini di rantau ini. Pada Februari 2023, BetterPlace memperoleh platform pemenuhan tenaga kerja kolar biru terkemuka Indonesia, MyRobin, menandakan penembusan pertama syarikat ini di rantau Asia Tenggara.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

13 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

18 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

18 hours ago