“Bakai Baju Merah”- Guru Kongsi Kenapa Perkataan Bahasa Melayu Mula Huruf P Disebut B Dalam Mandarin [Video]

Umum mengetahui Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh serta banyak lagi.

Malah setiap di antara kaum ini mempunyai bahasa ibunda mereka yang tersendiri sebagai contoh segelintir kaum Cina akan menggunakan bahasa Mandarin, Hokkien dan juga Kantonis.

Oleh itu, apabila mereka bertutur menggunakan bahasa Melayu adakalanya beberapa perkataan kedengaran sedikit pelik dan ini mungkin dipengaruhi dengan bahasa harian yang digunakan oleh mereka.

Cikgu Mandarin terangkan perbezaan sebutan huruf B dan P dalam Mandarin

Baru-baru ini, seorang guru bahasa Mandarin iaitu Cikgu Azmi atau dikenali sebagai laoshi Azmi menerusi TikTok miliknya telah berkongsi apakah sebab perkara itu berlaku dari perspektif bahasa Cina.

Menurutnya di dalam Mandarin terdapat sistem tulisan Pinyin yang terdiri daripada beberapa huruf termasuklah huruf B dan P.

Apa yang membezakannya adalah huruf B akan disebut seperti P.

“Tetapi di dalam Mandarin kedua-dua ini ada perbezaan dari segi sebutan. Huruf B akan disebut seperti bunyi huruf P contohnya ‘bo’ disebut ‘po’.”

Huruf P disebut sama, tidak mempunyai perbezaan

Jelasnya bagi huruf P pula ‘po’ akan disebut ‘pho’, meskipun konsonan B disebut seperti P tetapi ianya tidak mengeluarkan angin.

“Huruf P pula apabila disebut kita kena keluarkan angin. Itulah perbezaan antara ‘bo’ dan ‘po’. Maka itulah sebabnya wujud perkataan ‘Bakai’ dan ‘Bunggung’,” katanya.

Untuk maklumat perkataan bakai itu merujuk kepada pakai manakala bunggung adalah punggung.

Melihat di ruangan komen, ramai berterima kasih kepada laoshi Azim kerena telah memberikan penjelasan yang jelas hingga mereka faham mengapa ada beberapa perkataan yang disebut sedikit pelik atau pelat.

“Okay baham baham”

“Saya baru baham.. batut laa”

“Ruang komen terlalu kelakar”

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

12 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

13 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

14 hours ago