Ini Sebab Kenapa Ada Nombor Plat Kenderaan Boleh Cecah Jutaan Ringgit

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan nombor siri pendaftaran ‘FF’ mencatat jumlah bidaan yang paling tinggi dalam sejarah dengan jumlah kutipan adalah sebanyak RM34.3 juta.

Menurut beliau, seramai 34,032 orang menyertai bidaan itu yang dibuka dari 14 hingga 19 Mei dengan 8,348 daripada jumlah tersebut telah berjaya memiliki nombor plat siri berkenaan.

Ini menunjukkan, ada di antara rakyat Malaysia yang sanggup melaburkan wang ringgit demi memiliki nombor pendaftaran kenderaan yang diingini.

Jangan terkejut, bukan hanya nombor pendaftaran kenderaan siri ‘FF’ sahaja yang mendapat permintaan tertinggi, malah terdapat juga nombor siri pendaftaran lain sebelum ini yang turut dibida dengan harga yang tinggi.

Ini Empat Nombor Siri Pendaftaran Dengan Kutipan Tertinggi

#1 FF

Pada masa kini, nombor siri pendaftran kenderaan FF mencatatkan kutipan bidaan yang tertinggi dalam sejarah dengan jumlah kutipan sebanyak RM34.3 juta.

Berbanding nombor 1 yang sering menjadi pilihan utama, nombor pendaftaran siri FF8 menduduki bidaan tertinggi dengan jumlah RM950,000 diikuti FF9 dengan nilai RM911,999.

#2 PATRIOT

Nombor siri pendaftaran kenderaan PATRIOT dikeluarkan oleh Yayasan Patriot Negara (YPN) sebagai salah satu bentuk kutipan derma.

Nombor plat pendaftaran kenderaan PATRIOT 1 dikatakan menjadi nombor siri paling mahal dengan jumlah bidaan RM1.3 juta pada tahun 2015.

Semasa proses bidaan pada tahun tersebut, Naib Pengerusi YPN, Nadzim Johan menyatakan jumlah hasil bagi nombor plat kenderaan ini boleh mencecah sebanyak RM10 juta.

#3 RM

RM merupakan nombor siri pendaftaran kenderaan daripada negeri Perlis yang dikeluarkan pada Februari 2015.

Nombor siri ini mendapat permintaan yang tinggi kerana ia simbolik kepada mata wang negara Malaysia. Nombor ini berjaya dibida dengan jumlah kutipan sebanyak RM7 juta.

Untuk info, nombor plat pendaftaran kenderaan RM1 adalah milik Raja Perlis manakala RM5 dimiliki oleh Raja Muda Perlis.

Nombor plat RM2 hingga RM3 dan RM6 hingga RM7 merupakan milik Exco Kerajaan Negeri Perlis.

#4 MALAYSIA

Nombor siri pendaftaran ‘MALAYSIA’ dikeluarkan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2018.

Nombor plat kenderaan ‘MALAYSIA 1’ dibida oleh sebuah syarikat pelaburan di Johor dengan harga RM1,111,111 manakala ‘MALAYSIA 2’ dibida dengan harga RM422,000.

Secara keseluruhannya, sepulu daripada nombor siri ini berjaya membuat kutipan bidaan sebanyak RM3.62 juta.

Ini Sebab Kenapa Nombor Siri Kenderaan Dibida Dengan Harga Tinggi

Pasti anda tertanya-tanya, apa yang menyebabkan sesetengah nombor siri pendaftaran kenderaan dibida atau dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Merujuk kepada iMoney, nombor siri pendaftaran kenderaan boleh menjadi lebih mahal hanya disebabkan kombinasi huruf dan nombornya.

Bagi sesetengah individu, ia membawa sesuatu maksud antaranya seperti tarikh lahir dan tarikh ulang tahun.

Kebiasaannya, harga nombor siri pendaftaran akan menjadi lebih mahal berdasarkan kepada beberapa kriteria. Antara kriteria tersebut adalah seperti berikut;

  • Kombinasi satu huruf dan nombor – W1
  • Kombinasi dua huruf dan nombor – AL15
  • Huruf dan nombor yang berulang – XX55
  • Kombinasi tiga huruf dan nombor – VEJ181 atau WWW2

Ada juga nombor pendaftaran yang dijual berdasarkan kepada penetapan harga dan kategori yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menerusi laman web rasmi JPJ, harga tempahan minimum nombor siri kenderaan bermula RM300 hingga RM20,000.

  • Nombor Bernilai Utama – nombor di antara 1 hingga 10 (harga tempahan minimum RM20,000)
Foto: Laman Web JPJ
  • Nombor Menarik – nombor berganda atau nombor berulang sehingga empat digit (harga tempahan minimum RM3,000)
Foto: Laman Web JPJ
  • Nombor Popular – nombor yang senang diingati atau nombor berirama (harga tempahan minimum adalah RM800)
Foto: Laman Web JPJ
  • Nombor semasa – nombor yang tiada dalam kategori di atas (harga tempahan minimum RM300)

Kesimpulannya, buatlah pilihan yang bijak. Sebaiknya wang yang ada boleh diguna dan dilaburkan kepada perkara yang lebih penting.

Baca Artikel Berkaitan: Jaga-jaga! Nombor Plat Kabur & Fancy Adalah Satu Kesalahan, Pemilik Boleh Didenda Sehingga RM3,000

Baca Artikel Berkaitan: Foto Tular Motor Harley Davidson Disaman Bukan Sebab Ekzos Tapi No Plat Fancy

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

21 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

21 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

21 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

22 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

23 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

24 hours ago