Pelakon senior, Azhar Sulaiman cukup dikenali dan diminati ramai kerana setiap lakonan yang dibawa olehnya sentiasa berjaya mencuri hati penonton.
Pun begitu, seperti selebriti yang biasa, beliau juga tidak dapat lari dari terpalit dengan isu kontroversi.
Seperti baru-baru ini, media sosial kecoh dengan satu video tular yang menunjukkan anaknya, Kasih Iris Leona berpakaian menjolok mata ketika bermandi-manda bersama rakannya di Warleigh Weir, United Kingdom.
Menerusi perkongsian video di IG Story Leona, influencer berusia 21 tahun itu kelihatan hanya memakai bikini berwarna putih bersama beberapa rakan-rakan wanitanya yang turut berpakaian sama.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan Leona begitu gembira meluangkan waktu bersama rakan-rakannya sambil memuat naik video dengan kapsyen ‘suns out bums out’.
Susulan itu, video tersebut telah diambil dan dikongsikan di laman media sosial lain sekaligus mendapat pelbagai reaksi netizen.
Jelas dan nyata bahawa cara pemakaian yang dikenakan oleh influencer terbabit melanggar etika garis panduan pemakaian mengikut ajaran Islam.
Difahamkan juga, video berkenaan telahpun dipadam oleh Leona susulan kecaman netizen terhadapnya.
Terkini, pelakon siri High Council itu tampil memuat naik video di laman TikTok miliknya untuk memberi nasihat kepada Leona.
Dalam video tersebut, Azhar Sulaiman juga berkongsi rahsia bagaimana dia berjaya kekal dalam industri hiburan ini dengan kurang kontroversi.
Menurutnya, Leona haruslah menjadi bijak dalam berkongsi apa-apa konten dan juga peka dengan pengikutnya di media sosial yang kebanyakannya berbangsa Melayu dan beragama Islam.
“Hari ini, daddy nak kongsi satu rahsia dengan awak (Leona), macam mana daddy boleh kekal lama dalam industri hiburan ini.
“Pertama sekali awak kena bijak, ingat kebanyakan pengikut kita Melayu dan Islam. Jadi kena peka dengan konten.
“Kedua, jadi bijak macam daddy. Kalau daddy parti atau berjimba daddy tak kongsi dalam media sosial, jadi awak pun kena buat benda sama lah,” katanya.
Menerusi ruangan kapsyen, Azhar Sulaiman turut meninggalkan mesej berbunyi “Please be smart like me Leona”.
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji cara Azhar Sulaiman dalam memberi teguran kepada anaknya itu.
Malah mereka turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau untuk tidak berkongsi konten sensitif di media sosial.
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…