Aplikasi Safecity Bantu Kesan ‘Kawasan Panas’ Libatkan Kes Gangguan Seksual

Gangguan seksual merupakan perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya dilakukan secara berulang.

Merujuk laman rasmi Kementerian Sumber Manusia, gangguan ini boleh datang dalam pelbagai cara antaranya melalui lisan, isyarat, fizikal dan juga secara psikologi dan juga boleh berlaku di pelbagai tempat.

Gangguan seksual sememangnya memberi kesan kepada individu yang mengalaminya. Mangsa akan mengalami trauma dan ketakutan malah lebih teruk boleh menjejaskan kesihatan mangsa.

Aplikasi Safecity Bantu Mangsa & Saksi Gangguan Seksual Buat Laporan & Kenal Pasti Kawasan Panas

Tidak semua mangsa yang mengalami gangguan seksual berani tampil ke hadapan untuk membuat laporan atas apa yang berlaku terhadapnya.

Peka dengan apa yang dihadapi oleh mangsa gangguan seksual, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisterhood Alliance telah memperkenalkan satu aplikasi yang dibangunkan di India bagi membantu golongan ini.

Menurut presidennya, Radziah Razi, aplikasi ini bertindak sebagai platform untuk mangsa atau mana-mana individu yang menjadi saksi untuk membuat laporan berhubung gangguan seksual dengan berkongsi maklumat atau menanda lokasi kejadian.

“Dengan pin point lokasi kejadian, kami dapat mengenal pasti hotspot (lokasi panas) dan mengumpul data berkenaan kejadian dan seterusnya berhubung dengan pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian,” katanya.

Penambahbaikan Dapat Dibuat Di Lokasi Panas

Tambahnya lagi, laporan yang dibuat juga dapat membantu pihaknya untuk melakukan penambahbaikan khususnya dari segi infrastruktur di lokasi panas yang sering berlaku gangguan seksual.

“Misalnya jika kita buat aduan di lokasi sama, dan antara punca ialah jalan yang gelap, jadi kita akan behubung dengan PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk menambah lampu jalan,” katanya.

Baginya, majoriti mangsa gangguan seksual tidak mahu membuat laporan akibat pelbagai faktor contohnya karenah birokrasi malah ada juga yang menganggap ia hanya gangguan biasa.

“Terdapat pelbagai jenis gangguan seksual, jika seseorang merenung mangsa dari atas ke bawah dan membuat seseorang individu tidak selesa juga sudah dikira sebagai gangguan seksual,” ujarnya lagi.

Menurut Raziah, aplikasi yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018 ini telah berjaya mengumpul 150 cerita berkaitan gangguan seksual.

“Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2018, kami hanya dapat mengumpul 150 cerita, jadi kami harap lebih ramai yang akan menyedari kewujudan dan kegunaan aplikasi ini,” katanya.

Malah, dia mensasarkan agar 500 kisah gangguan seksual dapat dikumpulkan bagi membantu masyarakat melalui kajian yang akan dibuat menggunakan maklumat di platform itu.

Sebelum ini, pihaknya telah memperkenalkan aplikasi itu melalui kempen gangguan seksual antaranya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara pada 29 November 2021 hingga 14 Mei 2022.

Hasil tinjauan kami mendapati, aplikasi itu membolehkan pengguna mengetahui maklumat dan kejadian gangguan seksual yang pernah berlaku di lokasi di seluruh Malaysia selain daripada membuat aduan semata-mata.

Foto: Aplikasi Safecity

Untuk memuat turun aplikasi ini, tekan disini bagi pengguna Android manakala pengguna Apple, boleh klik melalui pautan ini.

Untuk info, individu yang mengalami masalah gangguan seksual, selain daripada aplikasi ini, anda juga boleh membuat aduan di balai polis berhampiran atau melalui Talian Kasih 15999 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Baca Artikel Berkaitan: “Ma Sakit Ma” – Luluh Hati Ibu Anak Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pengasuh [Video]

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Minta Wanita Dakwa Dirakam, Jadi Mangsa Gangguan Seksual Buat Laporan

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

19 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago