Unik! Restoran Jepun di Taiwan Tawar Menu Ramen Yang Dihidangkan Dalam Kulit Durian

Bagi memastikan produk yang dijual adalah berbeza dan lain daripada yang lain, seseorang peniaga itu sanggup melakukan inovasi dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk.

Contohnya seperti roti jala yang dijual pada masa kini. Jika dahulu ia hanya sinonim dengan warna kuning, namun peniaga yang kreatif dapat menghasilkan roti jala itu berwarna-warni dan mempunyai pelbagai bentuk.

Hidang Ramen Dalam Kulit Durian, Hanya Hidang 20 Mangkuk Sehari

Begitu juga dengan sebuah restoran Jepun di Taiwan. Bagi mencari kelainan dalam perniagaan, restoran ini bakal memperkenalkan satu menu unik khususnya buat peminat durian.

Menerusi Facebook rasmi Restoran Shan He Tang Lamian, menu unik itu merupakan ramen yang dihidangkan bersama durian dan diletakkan dalam kulit buah tersebut akan mula dijual pada 22 Jun nanti.  

Namun, pihak restoran hanya mampu menyediakan 20 mangkuk sehari dengan 10 mangkuk akan dijual pada waktu pagi, manakala 10 mangkuk pada sebelah petang.

Proses Penyediaan Renyah, Dijual Dengan Harga Lebih RM100 Semangkuk

Menerusi kenyataan di akaun itu juga, penawaran menu itu adalah terhad kerana proses penyediaannya yang renyah dan mengambil masa yang lama.

Kulit durian itu hanya boleh dibentuk dengan menggunakan tangan. Oleh kerana kesukaran untuk membentuk kulit durian seperti bentuk mangkuk, maka restoran itu hanya boleh menghidangkan 20 hidangan ramen sehari.

Hidangan itu boleh didapati dengan harga NTD680 (anggaran RM102) sehingga NTD 780 (anggaran RM117).

Menerusi hantaran tersebut, rata-rata warganet tidak sabar untuk mencuba menu baru itu. Namun, ada juga yang mengkritik hidangan berkenaan dan berkata tidak akan datang ke restoran itu kerana takut dengan bau yang kurang menyenangkan.

Namun, restoran itu memberi jaminan bahawa tiada bau busuk memandangkan hidangan itu hanya akan dihidangkan sebanyak 20 mangkuk sehari sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Gabungan Terbaru, Boba dan Kentang Goreng Jadi Menu Unik di Cafe Ini

Baca Artikel Berkaitan: CU Kolaborasi Bersama Fazley Yaakob, Perkenal 5 Makanan Citarasa Malaysia!

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

4 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

5 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

5 hours ago