fbpx
Now Reading
Gabungan Terbaru, Boba dan Kentang Goreng Jadi Menu Unik di Cafe Ini

Gabungan Terbaru, Boba dan Kentang Goreng Jadi Menu Unik di Cafe Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut saja kentang goreng, pasti ramai sukakan makanan segera tersebut. Kebiasaannya kentang goreng dimakan bersama cili sos atau dilimpahi dengan kuah keju.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/06/10/bubble-tea-jadi-kegilaan-rakyat-malaysia-tapi-halal-ke-tidak/

Tetapi nampaknya kegilaan terhadap boba semakin menjadi-jadi apabila menu kentang goreng bersalut boba kini menjadi kegilaan di Filipina. Tak cukup dengan nasi bersama boba, ada lagi menu terbaru bersama boba.

Menu tersebut dijual oleh sebuah kedai bubble tea di Filipina, The Pearl Fajardo dan diberi nama ‘Triple Treat’.

Bagaimanapun, menu tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan gabungan tersebut sangat pelik dan tidak masuk akal. Malah, ada yang menyebut nama cef terkemuka, Chef Gordon untuk memberikan pendapat tentang menu tersebut.

Apa pendapat anda tentang menu boba bersama kentang goreng ini, ada tak yang nak mencubanya. Mana tahu tak lama lagi, dijual di Malaysia pula.

Sumber : VitDaily

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.