Ini 5 Tips Mudah Untuk Gembirakan Isteri Anda
Dari sekecil-kecil usaha dan inisiatif hingga sebesar mana pun, pasti isteri akan bahagia melihatnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umat manusia dicipta secara berpasangan supaya kita dapat mencari bahagian hidup kita. Namun lumrah bila berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Sebahagia mana suatu perhubungan itu pasti sesekali akan dilanda badai jua.
Masalah yang timbul ini pula kadangkala boleh berpunca dari perkara yang besar mahupun perkara yang kecil termasuk kecil hati, salah faham, rasa tidak dihargai dan lain-lain.
Semua ini bagaimanapun boleh diatasi sekiranya anda sebagai seorang suami dapat mengenal pasti apa yang dimahukan isteri anda, atau sekurang-kurangnya tahu cara untuk membuatkan mereka tersenyum gembira di rumah. Dari sekecil-kecil usaha hingga sebesar mana pun, pasti si isteri akan bahagia melihatnya.
Jadi bagi memudahkan anda di bawah kami kongsikan lima tips bagaimana untuk membahagiakan isteri ketika berada di rumah. Barulah ‘Happy Wife Happy Life!’ Betul?
#1 Beri isteri ‘Me Time’
Tidak kiralah sama ada isteri anda bekerja atau suri rumah tangga sepenuh masa. Mereka selayaknya diberikan masa untuk bersendirian atau Me Time sekali-sekala.
Mungkin anda boleh cadangkan mereka untuk keluar atau melakukan aktiviti kegemaran bersama teman rapat mereka tanpa kehadiran anda, dan anak-anak di sisi. Mungkin ke Spa, Salon atau mungkin melancong. Barulah jiwa tenang.
Inisiatif yang anda ambil ini mungkin boleh memberikan ‘tenaga’ baru buat mereka dalam melakukan rutin dan tugasan mendatang.
#2 Buat kejutan homemade dinner
Tidak semua lelaki suka memasak, namun demi isteri tersayang, apa kata sekali sekala buat kejutan dengan menyediakan makanan homemade untuk dinner kalian bersama?
Tunjukkan skill memasak kalian! Buat yang tidak tahu memasak pula, jangan risau YouTube kan ada.
Sediakan makanan kegemaran dia, hiasi meja dengan bunga dan kemudian letak lilin. Haa.. dah jadi candlelight dinner dengan makanan hasil tangan anda sendiri.
Pasti si isteri tersenyum sampai ke telinga!
#3 Jadi romantik! Hadiahkan bunga atau coklat
Bunga dan coklat cukup sinonim sebagai simbol kasih sayang. Malah ramai lelaki yang menggunakan bunga sebagai pengganti ungkapan cinta untuk wanita kesayangannya.
Jadi apa kata buat kejutan dengan menghadiahkan jambangan bunga atau gubahan bunga bersama coklat buat isteri tersayang.
Cara ini juga efektif buat suami yang pemalu untuk menunjukkan sifat romantik kepada si soul mate mereka.
Dari segi warna dan jenis bunga pula, pilihlah yang menjadi kegemaran isteri anda. Kalau tak pasti, bunga mawar berwarna merah pun boleh.
#4 Rancang aktiviti di rumah bersama kawan rapat isteri
Mungkin kedengaran pelik, tapi ini antara tips menarik yang kalian patut cuba. Apa kata cipta satu suasana yang baru dengan menjemput sahabat karib isteri anda untuk meluangkan masa bersama di rumah.
Anda boleh rancang aktiviti menonton movie bersama-sama atau layan bbq dan steamboat di rumah. Sekadar minum petang (hi tea) atau dinner bersama pun sudah memadai.
Sambil merapatkan ukhuwah, ini juga boleh menghilangkan stres buat anda dan isteri. Dia pasti lagi seronok kerana anda menghargai dan melayan kawan karibnya seperti sahabat anda sendiri.
#5 Bantu isteri kemas, buat kerja rumah
Memang sudah menjadi lumrah untuk menyerahkan tugasan dalam rumah kepada seorang isteri. Namun soal menguruskan rumah tangga sebenarnya adalah tanggungjawab bersama agar semuanya berjalan dengan lancar.
Jika sebelum ini anda lebih bergantung kepada isteri anda, apa kata kali ini buat satu kelainan dengan melakukan semua kerja rumah termasuk mengemas, membersih dan lain-lain. Pasti si isteri akan tersenyum lebar tatkala melihat rumah dalam kondisi cantik, teratur, bersih dan tidak berhabuk.
Yelah, selama ni membebel sahaja bila lihat rumah berselerak, barangan bersepah. Hatta sekecil habuk pun akan terdengar rungutan darinya.
Nak lebih bagus, kekalkan keadaan rumah bersih sebegitu setiap hari. Yelah, orang lelaki ni memang tak lari dari membuat sepah bukan? Lagi-lagi buat anda yang merokok. Dengan habuknya, puntung rokok, kotak rotak, dan yang paling ketara baunya. Fuh!
Bukan itu sahaja kesihatan pun boleh terjejas dek asap yang mengandungi 8,000 bahan kimia berbahaya atau konstituen asap antaranya arsenik, benzene, benzopirena, karbon monoksida dan banyak lagi.
Mengambil alasan semua ini, mungkin anda sudah boleh beralih kepada alternatif bebas asap rokok seperti IQOS.
IQOS adalah sejenis peranti pemanas tembakau. Dengan teknologinya yang canggih, IQOS cuma memanaskan tembakau pada suhu optimal tanpa membakar untuk kepuasan rasa tembakau sebenar. Selain itu, IQOS tidak mengeluarkan sebarang bau asap atau pun abu.
Ketiadaan proses pembakaran sekaligus dapat mengurangkan penghasilan bahan kimia berbahaya berbanding asap rokok.*
[Maklumat Penting : IQOS bukan bebas risiko]Pengurangan pada tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok rujukan. Lihat “Maklumat Penting” di IQOS.com.
Selain itu ia hanya untuk perokok dewasa sahaja. Bagi mereka yang bukan perokok, jangan sesekali nak cuba.