Mudah Cari Saiz Kasut! Al-Ikhsan Sports Bekerjasama Dengan ComeBy, Perkenal ‘Pembantu’ Digital Peribadi Buat Pelanggan
Kolaborasi ini menyerlahkan visi bersama Al-Ikhsan Sports dan ComeBy untuk membentuk masa depan kedai fizikal (future In Store Retail) dengan menggabungkan teknologi canggih dengan perkhidmatan luar biasa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Al-Ikhsan Sports, peruncit sukan utama di Malaysia hari ini (9 Ogos 2023) telah memulakan inisiatif penyelidikan komprehensif untuk mengenal pasti penyedia teknologi inovatif sebagai sebahagian daripada komitmen mereka bagi menyampaikan pengalaman membeli-belah luar biasa kepada pelanggan.
Al-Ikhsan Sports mengumumkan perkongsian strategiknya dengan ComeBy, platform analitik runcit terkemuka untuk merevolusikan pengalaman pelanggan dan meningkatkan prestasi kedai di seluruh negara.
Encik Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports berkata, “Di Al-Ikhsan Sports, kami sentiasa mengkaji dan mengenalpasti langkah-langkah untuk meningkatkan kepuasan pelanggan secara holistik.
“Melalui kolaborasi bersama ComeBy, kami benar-benar boleh memanfaatkan teknologi untuk memahami metrik utama trafik, menilai penukaran di kedai dan boleh meningkatkan prestasi kedai individu dengan meletakkan inisiatif untuk mendorong trafik, meningkatkan visual imej bahagian hadapan kedai (Store front image and visual) dalam jejak lebih tinggi atau memastikan dagangan visual lebih kukuh atau malah membawa masuk produk paling sesuai untuk jualan.
Menurut Brian Ooi selaku pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Comeby, kolaborasi ini bermatlamat untuk menggabungkan semua titik data cookie offline ini dan memberikan Al-Ikhsan pemahaman intensif ke atas setiap kedainya.
Kolaborasi ini menyerlahkan visi bersama Al-Ikhsan Sports dan ComeBy untuk membentuk masa depan kedai fizikal (future In Store Retail) dengan menggabungkan teknologi canggih dengan perkhidmatan luar biasa.