LEGOLAND Malaysia Perkenal Bilik Bertemakan LEGO Friends

Selepas hampir beberapa bulan menanti, Legoland Malaysia Resort akhirnya memperkenalkan bilik bertema terbaharu mereka iaitu LEGO Friends di Legoland Hotel.

Menurut Legoland dalam satu kenyataan, bilik bertemakan dunia Heartlake City itu kini sedia ditempah para tetamu dan keluarga bermula 6 Oktober ini.

“Bermula dari 6 Oktober, keluarga dan peminat boleh masuk ke dalam dunia Heartlake City yang meriah sambil bermain dan menginap di bilik LEGO Friends yang mempesonakan ini.

“Direka bentuk untuk memenuhi keperluan tetamu moden, bilik bertemakan LEGO Friends yang telah diubah suai menawarkan peluang yang hebat untuk tetamu menyahut semangat persahabatan sambil menikmati pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.”

Perkenalan bilik LEGO Friends ini melengkapkan pilihan sedia ada seperti bilik bertema PIRATE, KINGDOM, ADVENTURE dan LEGO NINJAGO® yang menjadi pilihan orang ramai.

Menurut Legoland lagi, setiap bilik LEGO Friends mempunyai dua ruang tidur yang berbeza, disesuaikan khas untuk menempatkan tetamu dewasa dan kanak-kanak.

“Katil bersaiz king yang luas dan selesa memastikan malam yang tenang untuk ibu bapa, manakala kawasan kanak-kanak yang berasingan menyediakan suasana yang meriah untuk tiga kanak-kanak.”

Ruang tidur orang dewasa

Ruang tidur kanak-kanak

Sama seperti bilik bertema yang lain, ruangan tidur kanak-kanak hadir dengan katil dua tingkat yang menarik, katil trundle tarik keluar, dan televisyen khas bagi memastikan si kecil mendapat keselesaan dan hiburan tanpa henti.

Lebih menyeronokkan, kanak-kanak boleh menghabiskan masa terluang dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk membuka peti harta karun tersembunyi di dalam bilik mereka sekaligus mengetahui Hadiah LEGO® eksklusif yang pastinya akan mencetuskan imaginasi dan kreativiti mereka.

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim yang teruja dengan penambahan baharu ini berkata, bilik bertemakan LEGO Friends di Hotel LEGOLAND ini merangkumi nilai persahabatan, keperibadian, dan kepelbagaian yang menjadi teras jenama LEGO.

“Kami teruja untuk membawa pengalaman ini kepada tetamu kami, membolehkan mereka bergembira sambil belajar tentang kepentingan inklusiviti dan persahabatan.

“Kami percaya dalam mencipta kenangan yang abadi, bilik bertemakan LEGO Friends adalah antara langkah ke arah mencapai matlamat tersebut. Dengan terus memperkenalkan tarikan baharu dan tawaran inovatif, kami memastikan setiap lawatan dipenuhi dengan keseronokan.”

Ruangan tandas

Francais LEGO Friends tampil dengan pembaharuan apabila memperkenalkan karakter baharu seperti Paisley, Zac, Autumn, Aliya, Leo, Nova, Liann, dan Olly pada awal 2023.

Baca artikel berkaitan: LEGO Friends Perkenal 8 Karakter Baharu, Dari Pelbagai Warna Kulit Hingga Kelainan Upaya

Baca artikel berkaitan: LEGOLAND Malaysia Resort Raikan Persahabatan Dengan LEGO Friends Party

Satu yang pasti, bilik bertemakan LEGO Friends ini akan menyediakan ruang yang mengasyikkan untuk kanak-kanak dalam mencetuskan kreativiti selain menyelami naratif mereka.

Untuk memastikan anda tidak terlepas pengalaman luar biasa ini, tempah bilik bertema LEGO Friends ini di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang bilik dan promosi bertemakan LEGO Friends, anda boleh mengikuti LEGOLAND Malaysia Resort di Facebook dan Instagram.

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

1 hour ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

2 hours ago
  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

3 hours ago
  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

4 hours ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

4 hours ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

5 hours ago