Jaya Grocer Buka Cawangan Terbaharu Di Plaza Shah Alam

Sabtu lalu (14 Januari) jenama pasar raya premium, Jaya Grocer secara rasmi telah membuka cawangan mereka yang ke-49 di Plaza Shah Alam, Selangor.

Ini menjadikan pasar raya di Plaza Shah Alam atau turut dikenali sebagai Plaza Masalam tersebut sebagai cawangan ketiga di bandar berkenaan selepas Plaza Jelutong dan Ardence Labs.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jaya Grocer Adelene Foo, pembukaaan cawangan terbaharu itu adalah tanda penghargaan kepada pelanggan di Shah Alam yang telah memberikan sokongan padu terhadap mereka.

“Kami membuka kedai pertama pada 2007 di Selangor. Ia lebih bermakna (yang mana) selepas hampir 17 tahun, kini kami membuka kedai ke-49 kami di ibu negeri Selangor.”

Mengulas lebih lanjut beliau berkata, Jaya Grocer pertama kali membuka cawangannya di Shah Alam iaitu di Plaza Jelutong pada 29 Sept 2012 dan sejak dari itu, ia terus membina reputasi dalam menyediakan produk berkualiti tinggi selain menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

“Dengan tiga cawangan di Shah Alam, pelanggan kini dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan selesa bersama kami.”

Tambah beliau lagi, dengan permulaan yang baik untuk tahun baharu ini, rancangan pihaknya untuk mengembangkan rangkaian Jaya Grocer berada di landasan yang betul dan beliau menantikan tahun yang lebih baik pada 2024.

Sebagai ganjaran kepada pelanggan di Shah Alam, Jaya Grocer kini menawarkan promosi mulai 13 Januari hingga 21 Januari untuk pelbagai barangan keperluan seperti sayur-sayuran, ayam itik dan daging, serta tawaran menarik untuk snek import dan makanan kucing.

Usai majlis perasmian, Jaya Grocer turut menganjurkan demonstrasi memasak oleh pengacara TV terkenal dan cef selebriti, Chef Fikree Aznan.

Sama seperti kedai-kedai Jaya Grocer yang lain, cawangan Plaza Shah Alam juga menawarkan perkhidmatan membeli-belah dalam talian melalui GrabMart.

Pelanggan boleh menikmati lebih banyak tawaran dan diskaun bernilai setiap bulan melalui program Keahlian Jaya Grocer yang dikuasakan oleh Grab. Akses kepada program keahlian tersedia terus melalui aplikasi mudah alih Grab.

Recent Posts

  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

53 mins ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

57 mins ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

1 hour ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

2 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

2 hours ago
  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

3 hours ago