Individu Kedekut Dimurkai Allah SWT, Jauh Dari Syurga Dekat Dengan Neraka – UAI [Video]

Sifat kedekut merupakan suatu sifat manusia yang tidak wajar diikuti, malah agama Islam sendiri mengajar pengikutnya untuk menjadi seorang yang pemurah dan sentiasa berkongsi serta bersedekah.

Individu yang kedekut kebiasaannya sukar untuk mendapat kawan kerana ramai yang tidak selesa atas sikap yang terlalu berkira.

Bukan hanya itu, ada juga individu yang menjadi terlalu kedekut dan bakhil hingga memberi kesan kepada kehidupan sendiri antatanya menyebabkan institusi kekeluargaan musnah.

Orang kedekut jauh dari Allah SWT

Malah pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video ceramahnya memaklumkan individu yang kedekut jauh daripada Allah SWT, syurga dan juga orang ramai. Sebaliknya mereka lebih dekat dengan neraka.

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai untuk tidak berguru dengan individu yang kedekut.

“Siapa kedekut orang tu ‘suwey’ (membawa nasib malang), walaupun tok guru. Kalau nak ngaji (belajar) tapi dia kedekut jangan ngaji dengan dia. Cari tok guru yang tidak kedekut.

“Ramai orang kedekut, dengan adik beradik, cucu berkira. Contohnya seorang datuk mempunyai kedai runcit dan cucu datang untuk membeli biskut tapi datuk timbang, kedekutnya.

“Cucu awak kan tu, bukan cucu orang lain, cucu orang lain pun kita tak timbang sebab dia budak kecil,” ujarnya dalam satu video di YouTube.

Ada juga individu kedekut dengan keluarga sendiri sedangkan mereka hidup susah

Malah beliau turut menyatakan terdapat segelintir individu yang bersikap kedekut kepada adik-beradik atau ahli keluarga sendiri terutama apabila mereka meminta untuk meminjam wang.

“Adik-beradik nak pinjam duit tak bagi, nak pinjam kereta tak bagi. Ada tak orang macam tu? Ada,” jawabnya.

Bukan hanya itu, ada juga yang mempunyai pendapatan yang lebih namun kedekut kepada ahli keluarga sendiri.

“Sebagai contoh ada pendapatan RM4,000 sebulan. Anak beranak kita susah, ada papa kedana. Mengapa kita tak bantu contohnya bagi RM50 sebulan,” kata pendakwah itu lagi.

Akhir kata sesungguhnya kita semua pasti tahu apakah kelebihan sekiranya sentiasa mengamalkan sikap bersedekah sesama insan.

Malah Allah SWT juga telah menjanjikan ganjaran pahala dan rezeki yang tidak pernah putus buat hambaNya yang sentiasa bersedekah.

Sebagai hamba kepadaNya, kita perlu yakin kepada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago