fbpx

Jaya Grocer Buka Cawangan Terbaharu Di Plaza Shah Alam

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jaya Grocer Adelene Foo, pembukaaan cawangan ke-49 itu adalah tanda penghargaan kepada pelanggan di Shah Alam yang telah memberikan sokongan padu terhadap mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sabtu lalu (14 Januari) jenama pasar raya premium, Jaya Grocer secara rasmi telah membuka cawangan mereka yang ke-49 di Plaza Shah Alam, Selangor.

Ini menjadikan pasar raya di Plaza Shah Alam atau turut dikenali sebagai Plaza Masalam tersebut sebagai cawangan ketiga di bandar berkenaan selepas Plaza Jelutong dan Ardence Labs.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jaya Grocer Adelene Foo, pembukaaan cawangan terbaharu itu adalah tanda penghargaan kepada pelanggan di Shah Alam yang telah memberikan sokongan padu terhadap mereka.

“Kami membuka kedai pertama pada 2007 di Selangor. Ia lebih bermakna (yang mana) selepas hampir 17 tahun, kini kami membuka kedai ke-49 kami di ibu negeri Selangor.”

Mengulas lebih lanjut beliau berkata, Jaya Grocer pertama kali membuka cawangannya di Shah Alam iaitu di Plaza Jelutong pada 29 Sept 2012 dan sejak dari itu, ia terus membina reputasi dalam menyediakan produk berkualiti tinggi selain menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

“Dengan tiga cawangan di Shah Alam, pelanggan kini dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan selesa bersama kami.”

Tambah beliau lagi, dengan permulaan yang baik untuk tahun baharu ini, rancangan pihaknya untuk mengembangkan rangkaian Jaya Grocer berada di landasan yang betul dan beliau menantikan tahun yang lebih baik pada 2024.

Sebagai ganjaran kepada pelanggan di Shah Alam, Jaya Grocer kini menawarkan promosi mulai 13 Januari hingga 21 Januari untuk pelbagai barangan keperluan seperti sayur-sayuran, ayam itik dan daging, serta tawaran menarik untuk snek import dan makanan kucing.

Usai majlis perasmian, Jaya Grocer turut menganjurkan demonstrasi memasak oleh pengacara TV terkenal dan cef selebriti, Chef Fikree Aznan.

Sama seperti kedai-kedai Jaya Grocer yang lain, cawangan Plaza Shah Alam juga menawarkan perkhidmatan membeli-belah dalam talian melalui GrabMart.

Pelanggan boleh menikmati lebih banyak tawaran dan diskaun bernilai setiap bulan melalui program Keahlian Jaya Grocer yang dikuasakan oleh Grab. Akses kepada program keahlian tersedia terus melalui aplikasi mudah alih Grab.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.