“Janganlah Judge Kami…”- Zara Zya

Kesal apabila artis kerap dicop sombong, Zara Zya meluahkan perasaan terkilannya dengan sikap netizen.

Katanya, artis juga sama seperti manusia lain yang mempunyai hati dan perasaan.

“Sombong… perkataan yang sinonim keluar dari mulut netizen. Artis itu sombong, artis ini sombong.

“Apa yang boleh saya katakan, kami pun manusia. Ada perasaan… perasaan sebagai seorang manusia.

“Manusiakan ada berbagai rasa. Sedih, gembira, marah, bermasalah, penat. Macam2 tau tak,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram (IG).

Katanya, netizen tidak seharusnya bersikap menghukum terhadap golongan selebriti.

“Selain badut, selebritilah manusia yang paling kuat dapat tekanan perasaan tahu. Waktu kami bekerja, walaupun gundah, kami tetap senyum hiburkan orang lain.

“Bekerja keras nampak mewah tapi hakikatnya bukan senang. Jangan la judge kami semudah sebut abc. Semua manusia sama.

“Yang membezakan ialah hati kita sendiri. Kadang-kadang apa yang nampak depan mata pun kita boleh salah tafsir. Apatah lagi kalau dengar dari mulut org lain. Yang terbaik ialah “husnuzon”,” katanya sambil disertai #tiadadendam.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

1 hour ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

6 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago