Masih Mengata? Nah, Ini ‘Kata Cinta’ Neelofa Berhubung Kecaman, Perli Orang Mengenai Dirinya

Aduhai, tidak putus-putus orang bercakap mengenai Neelofa. Sama ada ia cerita yang baik atau sebaliknya, nama bekas Juara Dewi Remaja ini kekal meniti di bibir ramai. Bukan saya Lofa, tetapi ada adik-beradiknya yang lain turut menjadi mangsa kritikan, meski mereka bukanlah selebriti.

Ditanya apakah pendiriannya terhadap sisi kecaman yang sering diterimanya, pengacara program MeleTop ini mengakui dia tidak boleh memuaskan hati dan menutup mulut orang untuk berhenti bercakap.

Malah bagi Lofa, setiap apa yang diperkatakan orang merupakan antara sumber publisiti, asalkan kita pandai untuk menguruskan apakah kisah sensasi yang diumpatkan.

Rasanya semua orang tahu, baik atau buruk sesuatu publisiti itu, ia tetap merupakan publisiti. Cumanya, bagaimana untuk kita uruskan ia selepas sesuatu kisah atau insiden yang terjadi. “Misalnya selepas sesuatu berlaku, saya tahu siapa diri saya. Saya tahu nilai dan sedar apa yang telah saya sumbangkan dalam seni dan perniagaan. Saya punya misi adalah sentiasa mahu merubah hidup individu ke arah yang positif menerusi pelbagai sudut. Seru mereka untuk melakukan sesuatu yang lebih besar.“Harap apa yang telah saya lakukan ini boleh memberikan inspirasi kepada mereka serba-sedikit. Kalau bukan sekarang, mungkin di masa depan,” katanya optimis.

Ditanya dari mana sumber kekuatan yang diperolehi anak jadi Kelantan ini dalam berhadapan dengan segala kecaman, Lofa mengakui apa yang penting ialah, kita tidak boleh hilang diri sendiri. Kena sedar dan tahu apa tanggungjawab.

Kena tahu siapa diri kita dan sedar akan tanggungjawab yang kita pikul. Bukan senang buat saya untuk menjadi ‘Neelofa’. Bagaimanapun, sokongan itu datang daripada pelbagai sudut,” akhirinya kepada MH.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

3 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago