Video Lucah Tersebar, Syafiq Kyle Mangsa Balas Dendam?

KONTROVERSI video lucah dipercayai mirip Syafiq Kyle menjadi semakin panas apabila muncul seorang individu yang menggunakan nama akaun Faizi Khairuddin dipercayai bertanggungjawab menyebarkan beberapa klip video kononnya milik pelakon itu.

Faizi menerusi laman sosial miliknya mengakui melakukan perkara tersebut dengan niat untuk membalas dendam terhadap pelakon drama Nur tersebut.

Selain itu, dia juga pada malam Isnin memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar dari akaun Instagram aktor berkenaan yang merayu agar video itu dipadam dengan segera.

Bagaimanapun paparan skrin itu dihapuskan selepas ia menerima kecaman netizen yang menganggap sebagai membuka aib pelakon berkenaan.

Selain itu, mesej yang dihantar dari akaun Instagram Syafiq Kyle iaitu Syafiq Kylez itu juga dipercayai bukan ditulis aktor berkenaan.

Menerusi Instastory, pemuda ini juga turut membalas komen seorang individu yang menuduh tindakannya itu seperti mahu membalas dendam.

“Aku dah cakap jangan mencari fasal dengan aku,” tulisnya.

Sehingga kini tidak pasti punca lelaki itu bertindak sedemikian.

Sejak malam Ahad lalu, pengguna Twitter mula membicarakan video yang memperlihakan individu mirip pelakon drama Nur itu melakukan perkongsian sembang video bersama seorang individu dikenali sebagai Mira.

Menerusi video tersebut ia menyaksikan lelaki berkenaan sedang berbual tentang perkara yang tidak senonoh selain dia mengajak individu itu untuk melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen.

Terdapat pemilik akaun Instagram turut mendakwa memiliki dua lagi video sambungan dan menawarkan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM20.00.

Sehingga kini pelakon masih belum tampil memberi sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut.

Sumber : Mstar 

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

2 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

3 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

4 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago